Welcome to Soulbikerz Mc

FAMILY DAY SBMC 31hb Julai - 1hb Ogos 2010
Home­portal sbmc­Calendar­Gallery­FAQ­Search­Register­Usergroups­Log in
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next
AuthorMessage
bike2do
Junior soulbikers
Junior soulbikers


Number of posts: 273
Age: 25
Points: -10
Registration date: 2008-07-15

PostSubject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success   Tue 30 Jun 2009, 4:10 pm

Taniah kepada SBMC kerana berjaya membuat second annual ride ni.

semoga SBMC succes selalu di dalam bidang permotoran ini Smile

Ride for Peace ride
Back to top Go down
View user profile http://www.malayachopper.blogspot.com
da_flyze
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 513
Age: 31
Points: 582
Registration date: 2009-05-13

PostSubject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success   Tue 30 Jun 2009, 5:36 pm

Ride Report SBMC Second Annual Ride 2009 (Chapter II)


MAJLIS MAKAN MALAM SOULBIKERZ 2ND ANNUAL RIDE 2009
DESARU HOLIDAY RESORT
27 JUN 2009 (8.30 pm - 12.00 am)


Guess of Honour:
1. Wakil Y.T.M. Raja Muda Johor; En. Rashid
2. Wakil Johor Bikers


Majlis makan malam bermula tepat jam 8.30 pm dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat yang diraikan pada malam tersebut. Majlis Makan Malam dimulai dengan bacaan doa dari Al Fadhil Ustadz Lias Kdo dengan ringkas yang menandakan makan-time. Hidangan pada malam tersebut adalah berkonsepkan barbeque beraneka jenis, nasi & salad serta minuman punch.
Makanan pada malam tersebut menyaksikan juadah daging barbeque habis terlebih dahulu. Ini menunjukkan ahli SBMC memang buas & ganas seiring dengan Iron Stallions mereka.








Sambil menjamah barbeque, majlis diselitkan dengan beberapa aktiviti seperti karaoke & ucapan. Ucaptama dimulai oleh Tuan Presiden SBMC Bro Man Bulat yang mengajak kesemua jemputan untuk mensedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Bro Ghafar & Allahyarham abang kepada Tuan Presiden SBMC. Mr. Man turut mengutarakan jutaan terima kasih kepada Johor Bikers yang penuh setiakawan mengawal lalu-lintas sepanjang perjalanan konvoi di Johor. Setelah selesai sepatah dua kata, atas permintaan audience Mr. Man perlu menyampaikan sebuah lagu sebelum mengakhiri ucapan beliau. Beliau menyampaikan Lagu berjudul Always Somewhere nyanyian Scorpion.





Seterusnya wakil dari Johor Bikers dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata. Black Silver daripada Johor Bikers tampil ke hadapan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyampaikan lagu. Bro Black Silver walaupun berketerampilan ganas & rock sendat serta aksesori silver seluruh badan adalah bersifat jiwa-jiwa & sporting dengan menyampaikan lagu yang mendayu-dayu.




Seterusnya, sesi Karaoke dibuka kepada semua orang untuk menunjukkan bakat masing-masing yang hampir disampaikan oleh kesemua ahli. Bro Khalid membuat kejutan menyanyikan lagu Broery Marantika & mempesonakan semua orang dengan suaranya yang lunak merdu & layak disamatarafkan dengan artis tempatan. Akibatnya Bro Khalid diangkat sebagai SBMC Idol.



Bro Lias Kdo Juga tidak lepas daripada menyampaikan lagu

Sesi kaaraoke diselang-selikan dengan penyampaian cenderahati & penghargaan kepada individu & organisasi yang menjayakan Annual Ride SBMC. Tuan Presiden Bro Man mengambil kesempatan pertama menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Bro Black Silver wakil daripada Johor Bikers. Cenderahati kedua disampaikan oleh Mr. Man & Bro Bai a.k.a. Sivaji Da Boss kepada wakil Y.M. Raja Muda Johor; En. Rashid. Seterusnya cenderahati turut disampaikan oleh Bro Din kepada Bro Farouk sebagai wakil daripada Petronas di atas sumbangan mereka dalam menjayakan Annual Ride SBMC.

Majlis berlarutan untuk seketika waktu sebelum Wakil Johor Bikers memohon diri meninggalkan majlis pada pukul 10.30 pm. Karaoke diteruskan lagi ala-ala Akademi Fantasia di mana Bro Azmeer Y.B. dikritik hebat oleh Mr. Man dengan komen "Nyanyian & persembahan tidak sesuai dengan umur." Sekali sekala suasana majlis digamatkan dengan lagu dangdut yang disambut dengan jogetan oleh Bro Din.

Majlis makan malam berakhir pada jam 12.00 pm dengan penuh kejayaan, penuh perut dan penuh kenangan. Acara seterusnya adalah acara bebas, acara dalam selimut & pertandingan 'ekzos sapa dapat menandingi ekzos Harley'. Sekali-sekala bunyi burung hantu & bunyi desiran ombak memberi ketenangan yang luar biasa kepada SoulBikerz untuk melabuhkan tirai malam pertama Annual Ride 2009.

bersambung...


Last edited by da_flyze on Fri 03 Jul 2009, 11:35 am; edited 2 times in total
Back to top Go down
View user profile
da_flyze
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 513
Age: 31
Points: 582
Registration date: 2009-05-13

PostSubject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success   Tue 30 Jun 2009, 8:16 pm

Ride Report SBMC Second Annual Ride 2009 (Chapter III)
Second Day 28 Jun 2009 (Ahad)





SoulBikerz bangun seawal 7.00 am untuk memulakan aktiviti bebas mereka serta menikmati sarapan pagi. Ada yang terus ke pantai untuk mandi laut serta berkumur air laut bagi yang tidak membawa berus serta ubat gigi. Aktiviti melilau berterusan sehingga jam 11.00 am & ada yang masih hanyut diulit Intan.

Sebahagian besar SoulBikers on the bike ke Batu Layar yang dikatakan mempunyai pemandangan yang indah & mengasyikkan dengan hanya berseluar pendek & singlet. Bro Fuad & Zaidi pula meronda-ronda ke Bandar Penawar layan lap. Di Resort hanya tinggal Bro Bai a.k.a. Sivaji Da Boss, Bro FazliRasid & Bro Da_flyze yang ditinggalkan akibat terlebih tidur. Soulbikerz yang ditinggalkan lepak di cafe untuk menghilangkan kebosanan sambil membedal saki baki breakfast yang belum dikemas.

Tiba-tiba kedengaran deruman Iron Stallions SoulBikers yang ke Batu Layar pulang pada jam 11.00am untuk persediaan pulang & check out chalet. Tepat jam pukul 12.00 pm makan tengahari sudah siap & upacara serta istiadat membedal pun bermula.











Selesai membedal, SoulBikers mendengar taklimat agenda perjalanan pulang daripada Tuan Presiden Mr. Man Bulat serta bacaan doa daripada mufti besar SBMC Ustadz Lias Kdo. Sebelum on the bike, SoulBikers bergambar untuk kali terakhir di perkarangan resort sebagai kenangan & melambangkan kesatuan ahli-ahli SBMC.

The Long Ride Home
Checkpoint Desaru Holiday Resort


Deruman pelbagai Iron Stallions SoulBikers memecah kesunyian resort serta menenggelamkan bunyi desiran pantai. Langkah pertama kembali ke Melaka berlaku sedikit kepincangan di antara Bro C.D. & Bro FazliRasid di mana Bro C.D. secara tidak sengaja melanggar GearBox Iron Stallion JEE. Iron Stallions Honda Shadow Bro C.D. mengalami sedikit kecederaan di bahagian pedal break & menggangu fungsi keseluruhan keberkesanan tunggangan beliau. Perjalanan diteruskan juga sehingga di pintu gerbang ke Resort untuk sesi penggambaran terakhir. Konvoi bergerak menuju ke Stesen Petronas Penawar untuk upacara mengisi bahan bakar.

Checkpoint Petronas Penawar, Desaru


Konvoi tiba di stesen pada jam 1.30pm di mana perjalanan ditangguhkan sebentar bagi membaik pulih kondisi break Iron Stallions Bro C.D. Sementara itu, Mr. Man telah berulangkali menerima panggilan Johor Bikers untuk singgah sebentar ke sebuah lokasi di Air Tawar Lima untuk bercomolot.




Bro C.D. & beberapa ahli SBMC yang lain bertungkus lumus memulihara tunggangan beliau memandangkan cuaca yang makin panas & masa yang makin suntuk. Akhirnya Iron Stallions Honda Shadow berjaya dipulihara & sedia untuk ditunggang. Thanx to all that help. Pada ketika ini, Mr. Presiden menghampiri encik Reporter Soul KL & mengadu bahawa beliau penat gila.




Konvoi kembali on the Bikez & menuju ke Checkpoint seterusnya, iaitu stesen minyak di Air Tawar Lima di mana kelihatan sebilangan ahli Johor Bikers yang setia menunggu ketibaan SoulBikerz walaupun sudah lewat. & pada ketika itulah baru Mr. Man Bulat serta SoulBikers yang lain menyedari bahawa SBMC diberi penghormatan untuk mengiringi pasangan mempelai yang meraikan upacara raja sehari.

SoulBikerz mengiringi kereta penganti sejauh 300 meter sebelum tiba di rumah pengantin yang disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar. Ketibaan SoulBikers di rumah pengantin menunjukkan jam 3.00pm & dijemput masuk untuk menikmati nasi minyak yang ternyata enak, kuih muih, air & cendol. Setelah menyatakan penghargaan & mengucapkan selamat kepada keluarga pengantin, kumpulan konvoi on the bike untuk meneruskan perjalanan pulang & disertai oleh beberapa ahli Johor Bikers sebagai Marshall & pengiring konvoi.

Sewaktu perjalanan cuaca menunjukkan sedikit perubahan daripada terik ke mendung. Dari jauh kelihatan hujan telah mulai turun di sekitar Desaru. Konvoi membuat anggapan positif bahawa hujan tidak akan menimpa lokasi perjalanan mereka & membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan.

Pada suatu ketika, kelihatan Bro FazliRasid tiba-tiba memperlahankan tunggangan beliau & kelihatan ignition serta elektronik Iron Stallion beliau gagal berfungsi. Mr. Man Bulat menyedari masalah beliau & berhenti bersama bagi melihat situasi yang dialami. Setelah berehat & bertenang beliau mencuba untuk menghidupkan Iron Stallion JEE & menemui kejayaan.

Konvoi utama meneruskan perjalanan & mendapati hujan turun dengan lebat di suatu ketika. Melihat keadaan tersebut, sebilangan SoulBikerz berhenti bagi mengenakan pakaian hujan kepada Iron Stallions masing-masing. Walau bagaimanapun, hujan cuma turun selama beberapa minit & keadaan kembali kering sepanjang tempoh perjalanan ke Checkpoint seterusnya.

Perjalanan yang berliku & melalui simpang-siur serta bukit bukau agak mencabar memandangkan kondisi jalan yang kurang sempurna & agak sempit. Ahli Johor Bikers mengiringi konvoi SBMC sehingga di simpang menuju ke Kulai & Kota Tinggi sebelum melambai pulang kepada SBMC. Mr. Man berhenti bercomolot & berpelukan dengan wakil Johor Bikers sebagai tanda setiakawan & penghargaan.

Checkpoint Petronas Jalan Kulai-Kota Tinggi


Konvoi tiba di Petronas Jalan Kulai-Kota Tinggi tepat jam 4.45pm. Setelah mengisi minyak, berehat & berasap, konvoi bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan apabila Iron Stallion Bro Bai a.k.a. Sivaji Da Boss tidur tiba-tiba & masih belum dapat mengadaptasi ke cuaca khatulistiwa. Akibatnya motor beliau terpaksa ditolak oleh Bro C.D. buat keberapa kali entah...

Konvoi meneruskan perjalanan ke pulang dengan perancangan untuk mengambil laluan tol Kulai namun akibat leka dan tiada yang memberi tunjuk arah, sebahagian besar konvoi tersasar dari jalan asal & menyebabkan Bro Ishak selaku Marshall/Sweeper terpaksa mengejar mereka untuk kembali ke pangkal jalan.

Checkpoint R&R Yong-Peng


Perjalanan ke Checkpoint seterusnya agak lancar melalui Lebuhraya Plus daripada Kulai ke Utara terima kasih kepada Marshall & Sweeper yang menjalankan tugas dengan baik. Konvoi membuat persinggahan seketika di R&R Yong Peng pada jam 6.20 pm untuk mengambil nafas serta membincangkan Checkpoint seterusnya. Konvoi sebulat suara untuk meneruskan perjalanan ke R&R Pagoh untuk mengisi minyak serta makan di situ.

Perjalanan ke Checkpoint seterusnya agak laju di mana konvoi bergerak purata 130 kmh bagi mengejar waktu. Lebuhraya agak sibuk maka Marshall/Sweeper terpaksa bekerja keras bagi memastikan kelancaran lalulintas serta mengawal konvoi daripada terputus. Beberapa pengguna jalan raya ternyata tidak mempedulikan keselamatan SoulBikers & memandu secara merbahaya. Walau bagaimanapun keadaan terkawal & perjalanan ke Checkpoint R&R Pagoh selamat.

Checkpoint Petronas R&R Pagoh


Konvoi tiba di R&R Pagoh tepat jam 7.10 pm dalam keadaan kecewa apabila mendapati lokasi TTS yang telah dirancang ditutup untuk renovasi. Konvoi terus ke Petronas untuk mengisi bahan bakar & menambah tekanan tayar. Konvoi membuat keputusan untuk mengadakan sesi TTS di Bandaraya Melaka.

Checkpoint Terakhir - Restoran Nasi Kandar Subaidah (berhampiran MITC)


Ketibaan SoulBikers dari KL menunjukkan jam tepat 7.45 pm di mana SoulBikers singgah di Restoran Nasi Kandar untuk makan malam & merehatkan badan. Tn. Presiden Mr. Man Bulat menyifatkan Annual Ride SBMC 2009 berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden. Setelah selesai berTTS ringkas SoulBikers mula bergerak beransur-ansur kembali Hideout masing-masing. Annual Ride secara rasminya berakhir tepat jam 8.45pm.

Ride Xtra Time Soul KL (Ride Home)


Soul KL gerak bersama Bro Farouk ke rumah beliau untuk menyegarkan diri & mandi-manda sebelum meneruskan perjalan pulang ke KL. Soul KL & Bro Farouk tiba di rumah pada jam 9.15 pm & menghirup angin malam seketika di perkarangan rumah. Setelah menyegarkan diri sambil melayan Movie Incredible Hulk, Soul KL mengambil keputusan untuk on the bike jam 10.30pm setelah bercomolot dengan Bro Farouk serta mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas ehsan beliau.

Soul KL berhenti di Checkpoint Petronas Ayer Keroh untuk mengisi bahan bakar sebelum mengorak tayar ke Hiway Plus arah utara dibimbing oleh Bro FazliRasid. SoulKL menunggang secara sederhana & berhati-hati kerana tengkorak belakang Iron Stallion JEE tidak menyala.

Soul KL berhenti TTS sebentar di R&R Seremban pada jam 11.20pm di mana Bro FazliRasid mengemukakan cadangan untuk mengajak Bro Apekelala & Bro AMD_535 berTTS di KL, tetapi tidak mendapat respond daripada mereka. Setelah berTTS & memerut, Bro Da_flyze bercomolot dengan Bro FazliRasid serta mengucapkan selamat untuk pulang ke hideout masing-masing.

Deruman Iron Stallions Soul KL ditemani hilaian Soul Hantu sebelum Bro FazliRasid berpisah dengan Bro Da_flyze di persimpangan Shah Alam/Puchong. Secara rasminya Ride Xtra-Time Soul KL berakhir tepat jam 1.00pm.

Petikan ayat daripada Tuan Presiden SBMC, Mr. Man Bulat:
"Jutaan terima kasih & syabas dari saya & pihak pengurusan SBMC di atas komitment semua ahli yang telah menjayakan SBMC 2nd Annual Ride '09. Alhamdulillah semua selamat & success. Terima Kasih."

-END-

p/s: CD Annual Ride is coming soon. In the making by Bro Black68.


cheers cheers cheers ride ride ride cheers cheers cheers

Mistakes are part of life. Experiences & lessons are learned from mistakes. Soul & Friends are discovered along the way.


Last edited by da_flyze on Fri 03 Jul 2009, 11:39 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
apekelala
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 959
Age: 32
Points: 788
Registration date: 2007-12-31

PostSubject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success   Wed 01 Jul 2009, 1:14 am

bergenanggggggg..air mata iniiiiiiii... Sad Sad Sad Sad mmg best giler.. jutaan terima kasih kepada Bro Da_Flyze aka Reporter SBMC kerana report yg padat dgn informasi.. untuk soul member yg tak dapat pergi ...cayalah bro.. cheers cheers cheers baca saja wa dah terasa seronok nyer..kalau pergi..perrgghhh lagi seronok.. tapi apa kan daya.. "aku ingin pergi ride..tapi malang ..suratan takdir" Sad Sad waaaaaaaaa..
Back to top Go down
View user profile http://www.soulbikerz.com/profile.forum?mode=viewprofile&u=102
botak



Number of posts: 59
Points: 68
Registration date: 2009-03-06

PostSubject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success   Wed 01 Jul 2009, 9:22 am

xpe jgn sedih bro w/pun lu x dpt join tp wa bg markah penuh kat lu sbb lu htr soul kl smpai smpai melaka mlm tu. geek kira ride ke jb juga le tu.nti lu g kat bagan lalang n loadkan gmbr lu dlm ride jb janji nmpak pokok kelapa n air laut kira ok le tu btul x bro lol! ride
Back to top Go down
View user profile
da_flyze
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 513
Age: 31
Points: 582
Registration date: 2009-05-13

PostSubject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success   Wed 01 Jul 2009, 9:29 am

apekelala wrote:
bergenanggggggg..air mata iniiiiiiii... Sad Sad Sad Sad mmg best giler.. jutaan terima kasih kepada Bro Da_Flyze aka Reporter SBMC kerana report yg padat dgn informasi.. untuk soul member yg tak dapat pergi ...cayalah bro.. cheers cheers cheers baca saja wa dah terasa seronok nyer..kalau pergi..perrgghhh lagi seronok.. tapi apa kan daya.. "aku ingin pergi ride..tapi malang ..suratan takdir" Sad Sad waaaaaaaaa..


Bro wa pun menitis minyak enjin lu dgn AMD_535 x dapat pegi. Soul KL ada 2 ketul je.. huhuhuhu...
Back to top Go down
View user profile
botak



Number of posts: 59
Points: 68
Registration date: 2009-03-06

PostSubject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success   Wed 01 Jul 2009, 9:32 am

xpe bro nti ride lu tlg g kemas kain baju amd n apekelala kalau dia xnak ikut gak lu mogok je tdo dpn rmh dia smpai dia ikut Evil or Very Mad Twisted Evil Laughing
Back to top Go down
View user profile
da_flyze
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 513
Age: 31
Points: 582
Registration date: 2009-05-13

PostSubject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success   Wed 01 Jul 2009, 9:43 am

botak wrote:
xpe bro nti ride lu tlg g kemas kain baju amd n apekelala kalau dia xnak ikut gak lu mogok je tdo dpn rmh dia smpai dia ikut Evil or Very Mad Twisted Evil Laughing


lol! lol! lol!
Back to top Go down
View user profile
apekelala
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 959
Age: 32
Points: 788
Registration date: 2007-12-31

PostSubject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success   Wed 01 Jul 2009, 11:30 pm

kekekekekeke...oit mana gambir lagi...kami mau gambir...kami mahu gambir.. cheers
Back to top Go down
View user profile http://www.soulbikerz.com/profile.forum?mode=viewprofile&u=102
amd_535
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 1759
Age: 31
Points: 316
Registration date: 2007-10-11

PostSubject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success   Thu 02 Jul 2009, 12:18 am

Tahniah pada semua yg telah menjayakan annual ride tersebut...........wa betul2 sedih kerana tak dapat bersama2 menjayakan annual ride tersebut.....begitu juga Bro Apekelala......papepun, semangat we all takkan pudah buat SBMC.............keep on the bike.............

Thanks to our Reporter, lu memang da bomb......wa baca sampai wa rasa wa lak yg pergi........wa tau ikutkan lu, cerita setiap bikerz g memerut pun lu nk selitkan kan......betul tak......tapi memandangkan lu kasi we all edit dulu the story kira buat penapisan laa.......ikutkan....adegan2 cencored punya la banyak antara bikerz2 yg sepi.....huhuhuhuhu.....sapa yg terasa tu paham2 je laa k.........

anyway, wa rasa teruja dgn ride kali nie............thank to JB Bikerz for your co-operation we appreciated.............

c u soon bro........
(wa dalam pantang lagi laa......huhuhuhuhu)

ride ride ride ride ride ride ride ride
Back to top Go down
View user profile http://www.soulbikers.com/
fazlirasid
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 495
Age: 23
Points: 498
Registration date: 2009-02-17

PostSubject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success   Thu 02 Jul 2009, 11:42 am

bro semua....ni serba sedikit gambau yang ader dekat wa...same2 lah menatapinya...hihihi....


zul ngan apekelala baru sampai...lala bawak superbiker tak nampak moto....nampak lala jeee...hihihi

sampai je disambut oleh Mr.Press tgk lala tu...muke tahan sedih tak dapat ride...huhu

kat umah bro farok, reporter kiter tgh rehat

ready to ride

tengkiu bro bagi tumpang kat rumah



bola 1 dari bola dua di sini ada helmet terbang hehehhe


wa bukan along, wa cuma mau tolong


good job broo

fuuuhhh dah sampai danga bay




















dah nak balik dahhhh....
--------------------------------------------------------------------------------------
sekian terima kasih.....wa baru je lepas lega demam...hihi
Back to top Go down
View user profile
da_flyze
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 513
Age: 31
Points: 582
Registration date: 2009-05-13

PostSubject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success   Thu 02 Jul 2009, 12:20 pm

yea...gambir dah masuk...cheers cheers cheers
bro, demam lu dah ok ke. boleh ride lagi g pd hujung minggu nih...
anyway, syabas bro!!!
Back to top Go down
View user profile
fazlirasid
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 495
Age: 23
Points: 498
Registration date: 2009-02-17

PostSubject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success   Thu 02 Jul 2009, 12:37 pm

da_flyze wrote:
yea...gambir dah masuk...cheers cheers cheers
bro, demam lu dah ok ke. boleh ride lagi g pd hujung minggu nih...
anyway, syabas bro!!!


dah ok dah...3hari jugak wa mc...hihihi mengamuk bos!!!....alamak maybe takdapat pegi kot sebab wa pon ader kenduri kat kampung weekend ni...pepepon nnti wa roger lu balik...
Back to top Go down
View user profile
bike2do
Junior soulbikers
Junior soulbikers


Number of posts: 273
Age: 25
Points: -10
Registration date: 2008-07-15

PostSubject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success   Thu 02 Jul 2009, 1:03 pm

bestnyer....bila lah aku dapat join ride ngan korang lagi kan Smile
Back to top Go down
View user profile http://www.malayachopper.blogspot.com
fazlirasid
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 495
Age: 23
Points: 498
Registration date: 2009-02-17

PostSubject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success   Thu 02 Jul 2009, 1:20 pm

bike2do wrote:
bestnyer....bila lah aku dapat join ride ngan korang lagi kan Smile


bro...skg lu stay katne?? nnti kitrorg soulKL TTS boleh lah join...
Back to top Go down
View user profile
 

Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success

View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 5Goto page : Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Welcome to Soulbikerz Mc :: Aktiviti Soul Bikers-
Post new topic   Reply to topic