| | Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success | |
|
|
| Author | Message |
|---|
black68 Junior soulbikers


Number of posts: 160 Age: 42 Points: 142 Registration date: 2008-12-28
 | Subject: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success Mon 29 Jun 2009, 2:54 am | |
| |
|
 | |
botak
Number of posts: 59 Points: 68 Registration date: 2009-03-06
 | Subject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success Mon 29 Jun 2009, 10:17 am | |
| |
|
 | |
kambing

Number of posts: 15 Age: 32 Points: 8 Registration date: 2009-01-02
 | Subject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success Mon 29 Jun 2009, 4:30 pm | |
| [b]Salam...fuh nasib baik wa ikut g annual ride..demam batuk wa masa ride berbaloi..dengan support dr JB biker..wa tabik..dr kita jejak kaki sampai JB n g Desaru....spi kita blah ke melaka dia org ada..TQ ler bebyk bro-bro JB bikers...nak cita lum spi JB wa dah kagum dah..atas highway!!..polis dah guide dpn belakang..n mcm2 kejadian lg..harap2 bro Cd, dpt mengCDkan ride kali nie..n utk semua bikers SOUL yg turut serta..wa kagum dgn kerjasama yg ditunjukan..SYABAS!!..  |
|
 | |
apekelala Hardcore


Number of posts: 959 Age: 32 Points: 788 Registration date: 2007-12-31
 | Subject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success Mon 29 Jun 2009, 6:07 pm | |
| |
|
 | |
batu
Number of posts: 9 Points: 7 Registration date: 2008-08-30
 | Subject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success Tue 30 Jun 2009, 9:47 am | |
|  . Segalanya lancar. walaupun aku tinggal d pondok usang. ada escort polis, JB bikers, ride orang kawin pun ada. Soul Idol : Bro Khalid Raja lawak Soul : Bro Din "2km je" - cepat-cepat masukkan gambau. |
|
 | |
botak
Number of posts: 59 Points: 68 Registration date: 2009-03-06
 | Subject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success Tue 30 Jun 2009, 1:49 pm | |
| tu le kalau msti wa pegi punye kenduri mggu dpn pun bleh buat bro.rugi lo xdpt join  |
|
 | |
botak
Number of posts: 59 Points: 68 Registration date: 2009-03-06
 | Subject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success Tue 30 Jun 2009, 1:52 pm | |
| nti ujung bln 7 kita p c hgland plak.bila nak load gmbar ni x cian ke kat kwn2 kita yg x dpt join.letih ride lum ilang ke | batu wrote: | . Segalanya lancar. walaupun aku tinggal d pondok usang. ada escort polis, JB bikers, ride orang kawin pun ada.
Soul Idol : Bro Khalid Raja lawak Soul : Bro Din "2km je" -
cepat-cepat masukkan gambau. |
|
|
 | |
zam535 Junior soulbikers


Number of posts: 126 Age: 34 Points: 71 Registration date: 2007-10-30
 | Subject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success Tue 30 Jun 2009, 1:57 pm | |
| |
|
 | |
botak
Number of posts: 59 Points: 68 Registration date: 2009-03-06
 | Subject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success Tue 30 Jun 2009, 2:01 pm | |
| heheh bro nti wa bakar mtor lu dgn api ni  nti wa bawa lu pegi c hgland nak x bro  |
|
 | |
botak
Number of posts: 59 Points: 68 Registration date: 2009-03-06
 | Subject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success Tue 30 Jun 2009, 2:08 pm | |
| cpt le bro da fldze bro zam dah x sabau nak tgk gambau ride |
|
 | |
zam535 Junior soulbikers


Number of posts: 126 Age: 34 Points: 71 Registration date: 2007-10-30
 | |
 | |
zam535 Junior soulbikers


Number of posts: 126 Age: 34 Points: 71 Registration date: 2007-10-30
 | |
 | |
botak
Number of posts: 59 Points: 68 Registration date: 2009-03-06
 | Subject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success Tue 30 Jun 2009, 2:27 pm | |
| |
|
 | |
zam535 Junior soulbikers


Number of posts: 126 Age: 34 Points: 71 Registration date: 2007-10-30
 | |
 | |
da_flyze Hardcore


Number of posts: 513 Age: 31 Points: 582 Registration date: 2009-05-13
 | Subject: Re: Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success Tue 30 Jun 2009, 4:07 pm | |
| Ride Report SBMC Second Annual Ride 2009 (Sponsored by Petronas)In Memory of Bro Ghafar & Abang kepada Mr. Man BulatDate: 27 - 28th JUNE 2009 Destination: Danga Bay/Desaru Holiday Resort, Johor Darul Takzim SoulBikerz on the bikes:Tuan Presiden Mr. Man Bulat & Lady of Soul Pelat Bro Bai a.k.a. Sivaji Da Boss Bro Lias Kdo & Wife Bro Din Bro FaroukBro Black Bro Black68 Bro C.D. Bro Aim Firefighter Bro Epin Bro Fazli Oden Mr. Jason a.k.a. Bro Jamil Bro Nas Scorpion Bro Khalid Misai Bro Wan Bro Hairi Bro Ishak (Sweeper & Marshall)Bro Azmeer Y.B. Bro FazliRasid Bro Fuad (Sweeper & Marshall) Bro Zaidi (Sweeper & Marshall) Bro Jasmi CB750 (Sweeper & Marshall) Bro Da_flyzeAnnual Ride Eve (Perjalanan Soul KL From KL to Malacca) Perancangan asal gerak mula Soul KL ditetapkan pada jam 8.00 pm dari RV point R&R Seremban di antara Bro FazliRasid & Bro Da_flyze. Atas sebab Bro Apekelala memberi makluman bahawa beliau akan mengiringi Soul KL ke Melaka, maka gerak mula ditangguhkan pada jam 9.15pm dari Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, Bro FazliRasid telah terlebih dahulu tiba di RV R&R Seremban tepat jam 9.00pm sedangkan Bro Apekalala & Bro Da_flyze masih lagi memanaskan enjin.
Bro Da_flyze ke RV point Sg. Besi & melihat Bro Apekelala tidak menunggang Iron Stallion Sesumpah Beliau. Sebaliknya beliau menunggan Iron Stallion spesis menonggeng oleh kerana Iron Stallion Sesumpah beliau baru sahaja diisyhtiharkan tiada permit. Bro Apekelala & Bro Daflyze tanpa membuang masa terus memulakan perjalan & tiba di R&R Seremban pada pukul 9.45pm. Setelah memohon maaf, menyapa mesra, menghisap rokok, merapu & memerut ketiga-tiga Soul KL mengorak langkah ke Melaka pukul 10.30 pm.
Bro Apekelala memohon untuk memecut terlebih dahulu memandangkan tunggangan beliau memerlukan halaju yang tinggi bagi mengelakkan beliau lenguh tangan. Bro FazliRasid & Bro Da_flyze menyusup tiba di Melaka sejurus kemudian pada jam 11.45pm & berhenti di Melaka Mall. Kelihatan Mr. Man, Bro Fuad & Bro Farouk sedang menantikan ketibaan Soul KL di lokasi berkenaan.
Selepas menjamu selera, bersembang & menyampaikan salam Bro AMD_535 kepada Soul Melaka, TTS ringkas berakhir di mana Bro Man kembali ke Hideout beliau manakala Bro Fuad membimbing Bro Da_flyze & Bro FazliRasid ke rumah Bro Farouk yang menawarkan bumbung rumah beliau sebagai tempat berteduh untuk malam tersebut. Bro Apekelala memohon diri untuk pulang ke KL memandangkan beliau ada majlis kenduri pada keesokan harinya. Thank you to Bro Apekelala yang bersemangat mengiringi Soul KL ke Melaka.
Soul KL menamatkan pre annual ride eve jam 3.00am dengan upacara beradu setelah bersembang, berehat & mengelap tunggangan masing-masing. Thank you to Bro Farouk di atas kesudian beliau untuk menumpangkan Soul KL.Annual Ride Begins (27 Jun 2009) RV Point Gerak Mula - Petronas Ayer Keroh (8.00am-9.00am)
Annual Ride Rasmi SBMC kali ke-2 diatur bagi memenuhi agenda rasmi kelab & pada masa yang sama bagi memperingati Allahyarham Bro Ghafar & Allahyarham abang kepada Mr. Man yang kembali ke Rahmatullah sehari sebelum tarikh Annual Ride SBMC yang asal & terpaksa ditangguhkan bagi menghormati Allahyarham.
Di lokasi, kelihatan sebilangan ahli SBMC sedang bertungkus lumus mengatasi masalah muntah sebuah motor Honda Shadow Scorpion milik Bro Man Janggut. Di dalam gambar, Bro C.D. dengan cerianya sedang membaik pulih tunggangan Bro Man Janggut.
 Sebelum memulakan perjalanan yang jauh, Tuan Presiden Bro Man memberikan sedikit taklimat kepada ahli-ahli Soul berkaitan etika tunggangan Iron Stallion, Checkpoint serta Prosedur Keselamatan Jalan Raya. Taklimat diiringi bacaan doa oleh Ustadz Lias Kdo selaku mufti besar SBMC dengan harapan perjalanan adalah lancar & selamat. Gerak Mula Annual Ride secara rasminyanya bermula tepat jam 9.00am diketuai oleh Bro C.D. Bro Man Janggut mengambil keputusan membatalkan niat untuk Ride bersama kerana beliau kurang confident dengan kondisi Iron Stallion beliau. Anyway Bro, good spirit. Semoga next time kita boleh ride lagi. InsyaAllah...
Perjalanan dari Checkpoint Ayer Keruh ke R&R Pagoh adalah lancar tanpa sebarang masalah. Marshall telah menjalankan tugas dengan baik mengiringi ahli-ahli SBMC. Halaju di antara 110 - 130 kmh.
Checkpoint R&R Pagoh - Upacara Sarapan Pagi
Konvoi tiba di R&R Pagoh pada pukul 9.45am di mana pengunjung-pengunjung mengkerumuni kawasan parking kenderaan kerana mengkagumi tunggangan-tunggangan ahli-ahli SBMC. Iron Stallion Bro Black68 & Bro Bai a.k.a. Sivaji Da Boss di antara tunggangan-tunggangan yang mendapat perhatian. Tambahan lagi dengan kehadiran Mascott SBMC iaitu En. Ape Biker dengan aksi-aksi yang mencuit hati & menghiburkan.

Setelah perut diisi dan selesa, Konvoi kembali bergerak tepat jam 10.15am. Ignition Iron Stallion SBMC pada masa yang sama mengejutkan pengunjung R&R dengan sapaan Apocot!!! Terutamanya apabila tunggangan Bro Black68 mengaum. Konvoi terus bergerak dengan halaju sederhana menuju ke Checkpoint R&R Machap untuk mengisi bahan bakar. Konvoi tiba di Checkpoint R&R Machap jam 11.00am.Checkpoint R&R Machap - Upacara Mengisi Bahan Bakar Di R&R Machap SBMC disambut oleh sebuah kereta patrol & white Stallion penguatkuasa. Iron Stallion Bro Bai mengalami sedikit masalah apabila tunggangan beliau tidak mahu bangun dari tidur akibat panas. Setelah dipujuk & teruja melihat kuda putih akhirnya tunggangan beliau berjaya bangun dari tidur untuk meneruskan perjalanan.
Perjalanan dari Pagoh agak pilu apabila Bro Jasmi CB750 terpaksa melambaikan selamat tinggal kepada konvoi kerana beliau mempunyai urusan kerja. Dari mimik muka beliau (walaupun memakai helmet) jelas menunjukkan kekecewaan tidak dapat menyertai Annual Ride ini. Walau bagaimanapun Bro, TQ kerana menjalankan tugas Marshall/Sweeper dengan baik.
Perjalanan dari Machap ke tol Skudai diiringi oleh Polis & menyaksikan perjalanan lancar serta memberi ruang Marshall/Sweeper SBMC untuk rehat seketika. Walau bagaimanapun terdapat sebilangan pengguna jalan raya yang tidak endah dengan keselamatan konvoi & memandu dengan bahaya. Konvoi tiba di Checkpoint Tol Skudai tepat jam 11.48am. Konvoi bergerak dengan halaju 120 - 130 kmh.
Chekpoint Tol Skudai
Di Tol Skudai, motor Bro Bai a.k.a. Sivaji Da Boss tiba-tiba terlena & memaksa Bro C.D. untuk menunda Iron Stallion Predator ke kawasan yang lebih selamat. Iron Stallion Predator adalah daripada Kutub Utara & ternyata tidak biasa dengan cuaca panas Khatulistiwa.
Ketibaan konvoi di Tol Skudai disambut oleh sebilangan kecil Johor Bikers dengan tunggangan masing-masing. Pada masa yang sama, pihak penguatkuasa mengumumkan bahawa Checkpoint berkenaan merupakan pengakhiran kepada iringan mereka. TQ tuan-tuan Polis.
Ketika perjalanan ke Checkpoint Skudai, konvoi dikejutkan dengan berita mencuit hati & mengerikan pada masa yang sama. Akibat halaju yang sangat tinggi semasa perjalanan, helmet Bro Fazli Oden telah terbang akibat ditepis angin. Mujurlah beliau berada di bahagian belakang konvoi dan kejadian tersebut disaksikan oleh Mr. Man & Lady Pelat serta pacuan empat roda polis di belakang. Mujurlah kejadian hanya menimbulkan suasana mencuit hati & bukan insiden mencubit hati.
Konvoi berhenti agak lama di Chekpoint Tol Skudai bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis, bergambar, beramah mesra dengan Johor Bikers serta menyejukkan Iron Stallion Predator. Checkpoint Tol Skudai turut dihantui kehadiran Mascott SBMC; Mr. Ape Biker.
Kelihatan Mr. Ape Biker sedang menceriakan Kuda Putih dengan tariannya. Pacuan empat roda yang menjadi sweeper konvoi SBMC & Bro Lias Kdo bersama isteri Kuda Putih yang mengiringi SBMC & Bro Black68
Semasa bergambar juga, visor kasut Bro Fuad tertanggal kerana disepak oleh Lady Pelat.Setelah semuanya selesai Konvoi on the bike jam 12.00pm diiringi oleh Johor Bikers yang ternyata berpengalaman & sangat membantu. Perjalanan menyusuri Bandaraya Johor Baharu adalah lancar walaupun dalam kesibukan dan Konvoi tiba di Danga Bay tepat jam 12.30pm. Beberapa insiden yang agak merbahaya berlaku ketika perjalanan yang melibatkan ahli Johor Bikers & pengguna jalan raya.
Checkpoint Danga Bay - Upacara Makan tengahari
Setibanya di Checkpoint Danga Bay, Konvoi merehatkan Iron Stallions masing-masing di perkarangan Dataran Rumah Limas di mana sejurus tiba ahli-ahli SBMC mengamalkan tarian Poco-poco dipimpin oleh Bro Din di tengah-tengah keterikan matahari. Setelah penat, SoulBikers terus ke sebuah pondok di rumah Limas yang disambut oleh Ah Ling a.k.a. Darling dengan penuh mesra. SoulBikerz dijamu dengan air limau yang ternyata menyegarkan.
Secara rasminya, Konvoi telah mengharungi perjalanan dari Ayer Keroh ke Danga Bay sejauh 300km tanpa sebarang insiden yang membimbangkan. Tidak lama selepas itu, kelihatan sebuah GoldWing menderum tiba membawa sepasang Bikers. Bikers yang tiba merupakan Ahli Johor Bikers merangkap Presiden Chapter Goldwing Johor Bikers bersama isteri beliau. Beliau mengumumkan makanan tengahari SoulBikers akan ditanggung oleh beliau sepenuhnya di Rumah Limas.
Setelah melantak, membedal & mentekedarah makan free. SoulBikers beristirehat sebentar sambil berasap & bergambar bersama ahli Johor Bikers & mengucapkan terima kasih di atas tajaan makanan. Soulbikers kembali on the bike pada jam 2.30pm untuk ke lokasi yang lebih menarik di Danga Bay untuk bergambar kenang-kenangan. Walau bagaimanapun, hajat dibatalkan kerana tiada lokasi yang menarik & masing-masing sudah bermandi peluh akibat penangan El Nino.
Diiringi oleh Johor Bikers, Konvoi kembali bergerak ke Petronas berdekatan untuk mengisi bahan bakar di mana SoulBikerz di sambut lagi oleh sebilangan besar ahli Johor Bikers yang baru tiba. Konvoi kini bertambah saiz sehingga 30 ekor Iron Stallions dari pelbagai spesis.
Perjalanan ke Desaru Holiday Resort menyaksikan tunggangan yang lebih mencabar & penuh insiden akibat keadaan jem dari JB ke Desaru. Kehadiran & bantuan Marshall berpengalaman dari Johor Bikers nyata membantu pergerakan konvoi menyusup di celah-celah kenderaan serta melalui lorong-lorong sempit.
Berlaku satu insiden yang mencemaskan di antara Bro Din & Bro Da_flyze di mana Iro Stallion Bro Din hampir melanggar ekor Iron Stallion Bro Da_flyze di celah-celah kesibukan jalanraya serta jarak yang rapat di antara konvoi. Namun di atas kecekapan & pengalaman beliau, Bro Din berjaya mengatasi situasi tersebut dengan penuh kharisma & kemahiran.
Chekpoint Petronas Air Tawar 5, Desaru
Konvoi tiba di Petronas Air Tawar 5 jam 4.30pm untuk isian bahan bakar, serta membakar tembakau. Motor Bro Bai a.k.a. Sivaji Da Boss masih tidak dapat menahan bahang khatulistiwa & perlu ditolak bagi menjinakkannya.
Konvoi kembali bergerak sepuluh minit kemudian untuk beberapa ketika sebelum tiba di Desaru Holiday Resort tepat jam 4.54pm. Alhamdulillah, perjalanan dari Ayer Keroh ke Danga Bay ke Desaru berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah & kejadian yang tidak diingini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Johor Bikers yang bertungkus lumus mengawal lalu lintas & memastikan perjalanan konvoi lancar.
Ketibaan SoulBikerz di sambut oleh pengurus Resort En. Ismail yang menjemput SoulBikers menikmati juadah petang yang telah siap terhidang untuk dijamah. Sebelum membedal, SoulBikers bergambar & melonggarkan sendi sebentar.
  Juadah Makan Petang: 1. Meehoon Ronggeng, 2. Ayam Ronggeng Rangup, 3. Cucur Ikan Bilis (kalau Bro Apekelalala ada mesti x cukup), 4. Pelbagai Aneka Kuih-muih, 5. Teh O/Teh Tarik, dan 6. Rokok.
Setelah menjamu selera, SoulBikers diberi kunci chalet masing-masing untuk melabuhkan badan serta membasahkan tubuh mahupun bercengkarama di dalam bilik masing-masing. Aktiviti seterusnya adalah bebas & melilau tidak tentu pasal.
p/s:Laporan chapter ke-2 Annual Ride SBMC akan disambung kemudian. Tuan-tuan yang ada gambar bolehlah tolong upload, maklumlah gambar dari saya cuma dari cameraphone & sangat limited.
Last edited by da_flyze on Fri 03 Jul 2009, 11:09 am; edited 5 times in total |
|
 | |
| | Annual Ride 2009 to Desaru/Danga Bay (Johor) - Success | |
|