| | RIDE REPORT JEMPUTAN BRADERS M.G. | |
|
|
| Author | Message |
|---|
da_flyze Hardcore


Number of posts: 513 Age: 31 Points: 582 Registration date: 2009-05-13
 | Subject: RIDE REPORT JEMPUTAN BRADERS M.G. Tue 19 Jan 2010, 6:11 pm | |
| JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN CLUB HOUSE BRADERS MG (Ride Report)
Tarikh: 17 Januari 2010 Masa: 9.30 am 11.00 pm
Pergerakan Konvoi: Soul Mother Chapter Petronas Ayer Keroh R&R Seremban (Utara) Dengkil Kampung Melayu Subang Subang Bestari KS Motorcycles R&R Seremban Melaka
Soul KL Shell Tol Sg. Besi R&R Seremban (Selatan) R&R Seremban (Utara) Dengkil Kampung Melayu Subang Subang Bestari KS Motorcycles R&R Seremban Klang
SoulBikerz on the Bike: Tuan Presiden Mr. Man Bulat & Lady Pelat Bro AMD_535 Bro Apekelala Bro Din Vulcan_Harimau Bro C.D. Bro Black Bro Big Bro Jason Bro SinChan Bro CBX_750 & Sis NewBiker Bro Kampung Boy Nas Bro Pojiecdek Bro Y.B. Azmeer Bro Mac Bro Naeim Bro Farouk d Bulu-bulu Man Bro Khalid & Pillion Bro Hairi Bro Daud a.k.a. Petpot Bro Man Janggut Bro Kamarul Bro Zack Bro Alex Bro Bulan Bro Belalang Bro cJamil & Pillion Bro Aziz a.k.a. Mbam Bro Notorious & Pillion Bro Li Botak Bro A.G. Bro Zul JB & Wife Bro Da_flyze & Pillion Perjalanan Soul KL bermula dari checkpoint pertama Stesen Minyak Shell Sg. Besi yang dijadikan RV point untuk Soulers dari Lembah Klang. Bro Big & Bro A.G. merupakan yang pertama tiba di RV Point diikuti Bro Apekelala, Bro Li Botak, Bro Notorious & Pillion, Bro Farouk, Bro Mac, & Bro Da_flyze bersama adik beliau sebagai pillion. Ketika menunggu ketibaan Bro AMD_535 Soul KL sempat berselisih & bertemu bikers dari kelab Skuter Sym yang menuju ke Port Dickson serta V-Kings yang juga menuju ke destinasi yang sama. Bro AMD_535 tiba sejurus kemudian pada jam 10.30 am menandakan kesediaan Soul KL untuk memulakan perjalanan.
Diberitakan bahawa Soul Mother Chapter berkumpul di Petronas Ayer Keroh pada jam 9.30 am & sudah pun memulakan perjalanan ke R&R Seremban (Utara) bagi bertemu dan berkumpul bersama-sama Soul KL. Walau bagaimanapun, pergerakan konvoi Soul Mother Chapter sedikit tergendala kerana Iron Horse Tuan Presiden mengalami kebocoran tayar ketika berada di koordinat Pedas Linggi.
Menyedari konvoi Soul Mother Chapter yang hampir tiba di RV point, Soul KL bingkas memulakan perjalanan setelah semua ahli disahkan hadir. Perjalanan diterajui oleh Bro AMD_535 & Bro Apekelala secara bergilir-gilir yang dibantu oleh Bro Li Botak selaku Marshall. Jelas kelihatan wajah Soul KL yang exited terutamanya bagi Bro Notorious & Bro A.G. yang pertama kali bersua muka dengan Soul Mother Chapter.
Berhampiran R&R Seremban (Selatan), Iron Horse Bro Da_flyze tiba-tiba kehilangan kuasa kuda serta memaksa konvoi untuk menghentikan perjalananan. Bro Da_flyze menyangka bahawa Iron Horse beliau kehabisan bahan bakar & memohon jasa baik Bro Notorious untuk mendermakan 500 ml petrol untuk ke stesen minyak berdekatan. Ketika perjalananan konvoi juga mendapati bahawa Iron Horse Bro A.G. juga mengalami sedikit keabnormalan kerana mengeluarkan asap putih.
Minyak yang diderma oleh Bro Notorious gagal menghidupkan Iron Horse Bro Da_flyze & memaksa Bro AMD_535 untuk menunda Iron Horse tersebut ke Petronas R&R Seremban (Selatan) untuk diagnostik yang lebih terperinci. Soul KL bertungkus lumus membongkar & membedah Iron Horse Bro Da_flyze bagi menjejaki punca kegagalan. Bro Din Vulcan Harimau mengambil inisiatif untuk berpisah daripada Konvoi Mother Chapter untuk ke lokasi Soul KL bagi melihat masalah dengan lebih dekat. Beliau menganggap bahawa kegagalan tersebut merupakan tulah yang telah backfire kerana kononnya Bro Da_flyze telah mengutuk & mengetawakan Tok Bomoh V5 di dalam forum.
Setelah seketika membedah & membongkar Iron Horse Bro_Daflyze, punca kegagalan masih gagal dikenalpasti serta memaksa Bro Da_flyze untuk tidak meneruskan perjalanan & mengisyaratkan Soul KL yang lain untuk meneruskan perjalanan tanpa beliau. Dengan berat hati, Bro Da_flyze terpaksa berpisah daripada konvoi & mencari penyelesaian kepada masalah yang dialami. Mujurlah Bro Big mempunyai penyelesaian & mencadangkan supaya Iron Horse Bro Da_flyze diangkut dengan lori milik saudaranya, Bro Adi untuk dibawa ke KS Motorcycles.
Di sebalik pergerakan Konvoi Soul KL, Bro Apekelala, Bro AMD_535, Bro Li Botak membuat keputusan yang mengharukan untuk tinggal bersama Bro Da_flyze walaupun beliau meyakinkan mereka untuk meneruskan perjalanan. Walaupun tidak dapat memulihkan Iron Horse Bro Da_flyze namun, tindakan tersebut menyuntik semangat kepada Bro Da_flyze agar bertenang & melihat situasi secara positif & proaktif. Penghargaan juga harus diberikan kepada Bro Farouk & kesemua warga Petronas R&R Seremban (Selatan) kerana memberi ruangan serta minuman kepada Soulbikerz sambil menunggu Bro Adi yang dijangkakan tiba dalam masa dua jam dari Kuala Selangor.
Sambil menunggu, Soulers yang tinggal sempat menyaksikan pergerakan Konvoi SoulBikerz pada arah yang bertentangan sambil melambaikan selamat jalan. Saiz konvoi yang besar ternyata menunjukkan kehebatan SoulBikerz & mengecewakan hati Soulers yang tinggal kerana tidak dapat menyertai mereka. Setelah lori tiba pada jam 3.30 pm, tanpa membuang masa Bro Da_flyze terus menyorong Iron Horse beliau ke dalam lori & bergegas ke KS Motorcycles diiringi Bro AMD_535, Bro Apekelala & Bro Li Botak. Lori tiba di bengkel jam 4.45 pm.
Ketika berhampiran Dengkil, Iron Horse Bro Zul dari JB pula mengalami kegagalan. Radiator beliau telah tersumbat & menyebabkan air penyejuk tersembur keluar dari radiator. Bro Din Vulcan Harimau mengisytiharkan bahawa hari tersebut merupakan hari breakdown kepada bikerz yang bernama ZUL yang menunggang Iron Horse Vulcan 500. Bro Zul JB mengambil keputusan untuk kembali ke Nilai & menunggu lori Bro Adi untuk bersama-sama Bro Da_flyze menghantar Iron Horse mereka ke KS Motorcycles, Jalan Ipoh.
Sambil menunggu ketibaan lori, Bro Zul menggunakan kesempatan tersebut untuk mencari bengkel motosikal yang berdekatan dengan harapan Iron Horse beliau dapat dipulihkan untuk kembali menyertai konvoi. Walau bagaimanapun, masalah masih gagal diatasi & beliau membuat keputusan drastik untuk kembali ke JB berseorangan sambil menyimbah air ke motor beliau dari semasa ke semasa untuk menyejukkan enjin. Beliau memohon maaf & menyatakan kekesalan kepada SoulBikerz kerana tidak dapat bersama-sama menyertai konvoi ke Majlis Braders MG di Kampung Melayu Subang.
Konvoi besar SoulBikerz tiba di Club House Braders MG pada jam 1.30 pm di mana mereka telah pun bersedia menunggu ketibaan SoulBikerz. SoulBikerz dijamu dengan hidangan yang enak-enak belaka di samping jualan aksesori motosikal berkuasa tinggi. Bro Big mengambil peluang tersebut membeli Engine Guard depan & belakang daripada jualan tersebut. Tuan Presiden Mr. Man Bulat menggunakan peluang yang ada menyampaikan cenderahati kepada Presiden mereka sebagai tanda persaudaraan SoulBikerz MC dan Braderz MG. Diberitakan juga bahawa pihak Braders MG juga sedang menunggu ketibaan Southern Dragons MC selain SBMC.
Destinasi seterusnya, adalah ke Hideout Bro Big di Subang Bestari. Bro Big & sekeluarga telah menjemput semua warga SoulBikerz yang menyertai konvoi pada hari tersebut ke rumah beliau untuk sedikit jamuan serta istirehat sebelum konvoi meneruskan perjalanan. Beliau telah menjamu SoulBikerz dengan hidangan lazat yang mampu memuaskan tembolok SoulBikerz. Kesemua Soul nyata-nyata terharu dengan layanan & kemesraan Bro Big sekeluarga walaupun ada yang menyatakan makanan tidak cukup akibat terlampau lazat. Ada juga Soul yang terlelap seketika kerana terasa seperti di rumah sendiri.
Seterusnya, Konvoi SoulBikerz kembali bergerak selepas mengisi minyak untuk melawat Bro AMD_535, Bro Apekelala, Bro Li Botak & Bro Da_flyze di KS Motorcycles, Jalan Ipoh. Ketibaan dicatatkan pada jam 5.15 pm. Ketibaan konvoi menaikkan semangat Soulers yang tinggal disebalik kesedihan tidak dapat menyertai konvoi. SoulBikerz mengambil peluang minum sebentar di kedai mamak berhampiran sambil bertukar-tukar pengalaman ride pada hari tersebut. Tuan empunya bengkel Ah Fatt melaporkan bahawa Iron Horse Bro Da_flyze tidak dapat disiapkan pada hari tersebut & meyakinkan bahawa kegagalan melibatkan masalah pendawaian.
Akhirnya Soul Mother Chapter berpisah dengan Soul KL di lokasi berkenaan memandang ramai Soulers yang bakal bekerja keesokan harinya. Bro Notorious & Bro A.G. menyatakan keterujaan mereka pada tahap yang paling tinggi kerana dapat menyertai aktiviti awal SBMC tahun 2010. Soul Mother Chapter dilaporkan akan meneruskan perjalanan ke R&R Seremban sebelum bergerak pulang ke tanah air; Bandaraya Melaka Bersejarah. Setibanya di Mothereland, Soul Mother Chapter ber TTS sebentar bagi menghilangkan penat kerana ada sebilangan Soulers yang masih tidak puas ride.
Manakala Soul KL pula, akibat tidak puas ride ditambah dengan ride rosak serta ingin melayan Bro Naeim yang tinggal di KL, membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Klang sebagai Sunset Ride & melayan ikan bakar di sana. Bro Big bersyukur kerana Sunset Ride tidak disertai Ride Lencun.
Aktiviti secara rasminya ditamatkan pada jam 11.00 pm, 17 January 2009 waktu tempatan. Mistakes are part of life. Experiences & lessons are learned from mistakes. Soul & Friends are discovered along the way.
Last edited by da_flyze on Tue 09 Feb 2010, 9:16 pm; edited 4 times in total |
|
 | |
da_flyze Hardcore


Number of posts: 513 Age: 31 Points: 582 Registration date: 2009-05-13
 | Subject: Re: RIDE REPORT JEMPUTAN BRADERS M.G. Tue 19 Jan 2010, 6:15 pm | |
| Report dibuat melalui perspektif & informasi yang diperolehi saya. So kalau ada nama atau event yang tidak dimasukkan saya mohon maaf. Harap Soul Mother Chapter dapat memperbaiki report dengan melaporkan perjalanan sepanjang konvoi supaya lebih seimbang & menyeluruh. Mohon maaf jugak sebab sekor Soul KL pun x bawak kamera pada hari tersebut. So pada sesiapa yang ada gambar tu tolong la hapload. Kesimpulannya first ride 2010 memang da_BOMB. Sayang sungguh x dapat nak join.  |
|
 | |
Big Hardcore


Number of posts: 854 Age: 38 Points: 899 Registration date: 2009-07-01
 | Subject: Re: RIDE REPORT JEMPUTAN BRADERS M.G. Tue 19 Jan 2010, 7:40 pm | |
| |
|
 | |
da_flyze Hardcore


Number of posts: 513 Age: 31 Points: 582 Registration date: 2009-05-13
 | Subject: Re: RIDE REPORT JEMPUTAN BRADERS M.G. Tue 19 Jan 2010, 9:59 pm | |
| Gambir... gambir... Belalang... oooo Blalang... |
|
 | |
man bulat Hardcore


Number of posts: 533 Age: 36 Points: 371 Registration date: 2007-09-29
 | Subject: Re: RIDE REPORT JEMPUTAN BRADERS M.G. Tue 19 Jan 2010, 10:11 pm | |
| |
|
 | |
da_flyze Hardcore


Number of posts: 513 Age: 31 Points: 582 Registration date: 2009-05-13
 | Subject: Re: RIDE REPORT JEMPUTAN BRADERS M.G. Wed 20 Jan 2010, 12:56 am | |
| |
|
 | |
cjamil Junior soulbikers


Number of posts: 186 Age: 36 Points: 199 Registration date: 2009-10-28
 | |
 | |
c.d Senior Soulbikers


Number of posts: 348 Age: 27 Points: 333 Registration date: 2009-02-16
 | Subject: Re: RIDE REPORT JEMPUTAN BRADERS M.G. Wed 20 Jan 2010, 9:15 am | |
| klu amik tauliah ngn karam sigh, wa x ksh tp jgn ikut tebiat dia dok angkat tgn 2..nti tgh ride dok buat lwk angkt tgn mcm 2 ada yg tergolek...wht evr cgratln da_flze....wa ingt lu aply mta jd reprtr la |
|
 | |
pelat Hardcore


Number of posts: 1320 Age: 31 Points: 855 Registration date: 2007-10-01
 | Subject: Re: RIDE REPORT JEMPUTAN BRADERS M.G. Wed 20 Jan 2010, 5:26 pm | |
| Repot behalf motherchap ride ke Braders Mc..jeng..jeng..jeng
Mmber lists on d bike on 17 Januari, 2010
Ag Alex Amd Apekelala Azizi Mbam Big Black Blalang Bulan Cd Cjamil & wife Daud Petpot Din Ee Sinchan Farouk d bulu2 man Hairi Ishak Cbx750 & Newbikers Jason Viragobike Kamarol Polis Khalid Misai Mac Man Bulat & Lady Pelat Man Janggut Naim Nas Scorpion Notorious & wife Pojiecdek Yb Batu88 Zack Zul Da_flyze & pillion Zul Jb & wife Ngikut sms yg tlh dwar2kn chekpoint d ptrons a.keroh 9 pagi tp 9.30 pagi motherchap msih d chekpoint nunggu cd & din (tu la sape suh balik awal tts sabtu aritu)..stlh cukup smua knvoi gerak tepat 10 pagi..konvoi mmg best ramai giler..soul mngkonker sepnjang highway dgn deruman2 enjin iron stalion masing2..pehh da lame betol soul tak mcm ni mmg best.
10.30 pagi masa sedng epy2 ride..man riki2 soul smua..man dpti bike tak mncukupi..mbam tak klihatan (mampus ank org ilang)..man & jason menyelowkn stalion masing2..stlh mbam dpt dkesan kitaorg pun mulakn prjalanan..tiba2 wa terasa mcm sumting wrong sumwhere dunno whre..balancing wa & man tak stable..hah amik ko tayo pancit!!! ngam2 kat highway pedas linggi..cuaca panas terik lak tu..jason & daud petpot ada mnemani kami..tak lama kmudian dtg kereta peronda polis merescue..tgk punye tgk rupanye ade skru la baik punye posing kat tayo man..ish terbako rasenye..stlh brbincang & mndpt idea dr abg polis kami decide proceed tol pedas linggi cari workshop..so dr highway jason mnawarkn diri utk bwk moto man ke workshop..tayo da kempis abis..wa n man naik moto jason..kesian jason mngalami kemusykilan & kpayahan nunggang moto man (mane taknye die duduk ats tank tu)..mmg hero betol la..cikgu daud lak mngescot & meriki workshop..hebat la spirit lu 2 olang..man betol2 trharu..lu olang bole tngok gaya stunt jason dlm gambir yg blalang postkn..respect tul la..polis peronda pun hero gak sbb escot kami smpai ke workshop tu..time kash abg polis..smpai kat workshop abg pomen yg brslang nogori monjadi poning nk tuko tayo moto bosar..brhompas pulas mnukar tiub tayo..man & jason tlg tukar gak, ckgu daud tlg beri semngat & wa tlg tngok jo la..smasa d workshop wa d info motherchap da smpai rnr sremban dgn slamatnye tnpa mngetahui kjadian yg mnimpa kami..tak lame kmudian chapkl lak beri info mrk da smpai rnr sremban brtentangn..iron stallion da_flyze ngalami kgagalan brfungsi..punca masih tdk dpt dkenalpasti..maaf sgt apekelala wa trpakse suh lu contact cd@din sbb kami sindiri trsadai kat pedas lg..sori beb.
Stlh moto man siap kami gerak ke rnr sremban utk brsama2 kmbali dgn kwn2 kami..1 tngahri kami smpai..kesian u guys tggu lame..maafla kjadian tak dpinta..info trkini dr chapkl mrk akn grak mnuju ke mothrchap tp dukacita amd, apekelala, da_flyze & lee botak tak akn join..mrk akn brsama2 da_flyze nunggu lori yg akn bwk moto da_flyze ke ah fat..big, mac, ag, notorious & farouk d bulu2 man smpai tak lama kmudian..stlh smua peluk2 cium2 muahmuahmuah..konvoi pun gerak ke chekpoint strusnye rnr dengkil jam 2 ptg.
D rnr dngkil kami benti jap buang ape2 yg patut & refil ape2 yg patut gak..tak bape lama pastu soul proceed ke dstinasi dtuju kpg mlayu subang..tepat 2.30 tngahri soul smpai ke club house braders mc..ktibaan soul dsmbut oleh founder abg sam, koboi & bro2 yg len..kami dbertahu event actually da abis sbb awal pg td rmai bikrs dr club len serbu..braders mc mohon maaf krn agenda mrk tak diduga bole abis cepat mcm tu almklumlh 1st event..mknn pun tak bnyk yg tingal..kami jamah je la ape yg ade..takpe la janji soul dtg nyahut jmputn dtg dgn kbanggaan..dlm ati wa tau budk2 soul ni kebulur lg tu..msa d sane kami dpt jmpe reapers mg at least dpt gak jmpe mmber2 lame..smbil lepak2 kami survey brg2 bikrs.
3.15 ptg sblum soul grak ke teratak big..agnda pnyampaian cendrahati kpd braders mmg cun wooooooo..(big ade lebh tak tapau satu)..ucapan skit sbnyak dr man bulat & founders abg sam..dgn itu abg sam mngdeclare soulbikerz mc mnjadi 1 of d braders brotherhood..syabassss soulsssssssssss..so pas amik2 gambo, salam2, cium2, babai2 soul pun ke teratak big.
Smpai2 uma big, wa risau ape le gayenye rmai2 kat uma big ni..sis intan tak marah ke..rupa2nye sis intan mnjamu mknn yg lazat lg ade..huuiii murah rezki korang lakibini amin..nama menu sis intan nasi ayam polistren..hehehe..pas mnjamu slera acara santai & golek2 d lantai uma big..heeh..best woo.
5 ptg bongkau dr uma big ke ah fat sentul..kesian kwn2 aku trsadai kt sane..sedng kita enak mnjamu slera diaorg ni mash otw ke sentul..tp ade pulak soul sesat rupanye si bulan d ikuti blalang..hai kat mane2 le korang ni..man da risau..jgn wat ni mcm lg la blader..wa punye laki ride tak tenteram la..smpai ah fat amd, apekelala, da_flyze & lee botak nunggu ktibaan kami..tak lame kmudian bulan & blalang pun muncul dr mane2 ntah..lepak2 smpai magrib..motherchap nk bransur pulang..wlupun sebenornye ade yg takmo balik lg..so aftr brcomolot & peluk2 motherchap proceed..slmt tinggal geng2 kl ku..dpt jmpe jp je kan.
Kat highwy sume speeding mcm biasa la klu nk balik sume laju kwn2 dlupakn..smpai kat sg besi ujan turun renyai2 dkuti ujan lebat..pehh wa da tntu lokos smpai ke dlm dek krn mudgat moto dak man ni..oleh krn trlampau lebat man & wa pun tak pakai mask & cover tngn kitaorg stop kat jmbatan..tingl kami yg len da brpecah..lepak jp perah ape2 yg ptt..pastu wa & man truskn prjalanan walaupun ujan mash turun..tp smpai kat depan je ujan pun tarak jln tak basah pun..pehh pedih dprmainkn..so wa & man pun ride la mnuju ke rnr sremban..nk dekat sremban dr jauh kitaorg nmpak dak mbam sorang2 kesian siot..tak baik la korng tngglkn die..mane friendship woiiii..da la mbam 1st time ride jauh & 1st ikut soul..smpai sremban duk jp pastu grak ke mka..ride nk balik mka yg sejengkal ni pun kalut..kitaorg dtinggalkn oleh geng2 yg len..tnggal wa man bulan & blalang temankn mbam..kesian la die korang ni tak baik la..takpe mbam truskn smangat ko utk ride timba pngalaman & plajarn..smpai mka 9.30 mlm kitaorg 4 ketul sambung tts pekena jemput2 & kopok lekoq smbil bincang2 & tukar pikiran..10 mlm pas salam2 cium2 sume pulang ke hide out masing2.
Pngajaran dr ride ni..jgn guna lane paling kiri kt highway nti jd mcm moto man..mcm2 benda akn masuk dlm tayo..jgn pentingkn diri sndiri ingatla kwn2 yg dlm ksusahan nti time kita susah sape lak nk tlg beb..as a club brmulanye ride brsama2 so nk brpisah pun ptt sama2 la..lastly sikap brotherhood & friendship perlu ade dlm setiap soul..baru kite pnggil 1 heart 1 name..ape maknenye? hah pikir la sndiri. |
|
 | |
fazlirasid Hardcore


Number of posts: 495 Age: 23 Points: 498 Registration date: 2009-02-17
 | Subject: Re: RIDE REPORT JEMPUTAN BRADERS M.G. Wed 20 Jan 2010, 5:47 pm | |
| bestnye...ruginye tak dapat join..terbakar bace report.. |
|
 | |
da_flyze Hardcore


Number of posts: 513 Age: 31 Points: 582 Registration date: 2009-05-13
 | Subject: Re: RIDE REPORT JEMPUTAN BRADERS M.G. Wed 20 Jan 2010, 6:14 pm | |
| Cayalah Sis! Great report! One Heart One Name...
(Wa lapar nasi ayam polisterine la... & durian) |
|
 | |
newbikerz

Number of posts: 77 Age: 27 Points: 85 Registration date: 2009-11-04
 | Subject: Re: RIDE REPORT JEMPUTAN BRADERS M.G. Wed 20 Jan 2010, 6:18 pm | |
| oit fazli lu tue le sape suruh dok dlm busut lelame..kn dh terbakar bca report sis pelat..hahha sis pelat...report memang besh la..just wanna saya sorry bebanyak coz x dptg ride sesame masa on d way back ke mlk coz dpt calling dr umah kata anak demam panas gler..so ktorang pn terpaksa la ucapkan selamat tinggal pd member2 soul yg berteduh bawah jambatan sblm grk..pas tue benti kt rnr seremban jmp beberapa org kt sane pn ktorang roger kata kena chow dulu ada emergency kt umh..so sad gak x dpt jmp mr & mrs pres masa tue.. reli hope lepas nie kta dpt ride sesama pergi & balik... to all bikerz...u all memang soul la.... |
|
 | |
da_flyze Hardcore


Number of posts: 513 Age: 31 Points: 582 Registration date: 2009-05-13
 | |
 | |
petpot Junior soulbikers

Number of posts: 115 Age: 50 Points: 58 Registration date: 2008-07-16
 | Subject: Re: RIDE REPORT JEMPUTAN BRADERS M.G. Wed 20 Jan 2010, 9:01 pm | |
| gambaooooo maneeeeeeeeeeeeeeee amik gambo ade nampakkkkkkkkkkkkkk gambaooooooooooooooooooooo nye maneeeeeeeeeeee |
|
 | |
Big Hardcore


Number of posts: 854 Age: 38 Points: 899 Registration date: 2009-07-01
 | Subject: Re: RIDE REPORT JEMPUTAN BRADERS M.G. Wed 20 Jan 2010, 9:10 pm | |
| ...GREAT REPORT SIS...WELL DONE!!! TAPI...GAMBAU MANE?!?!....BLALANG OOOOO BLALANG!! sedih wa dengar ade yg tertinggal....so next time sape yg di depan rajin2 tengok cermin dan sentiase berhubung ngan yg depan skali(main lampu)...anyway, 1st ride tuk 2010 memang full of incident....one more thing...salah sorang prospek KL, bro Roslan telah mengalami kemalangan pagi itu semasa menuju ke RV point KL....dpt berita pun mase nak berpisah ngan mother chapter aritu....camnepun beliau tidak mengalami sebarang kecederaan cume iron horse beliau dalam keadaan yg menyedihkan!!...'ONE HEART, ONE NAME'...sila pratikkan! TQ!!! |
|
 | |
| | RIDE REPORT JEMPUTAN BRADERS M.G. | |
|