| | RIDE REPORT OVERNITE/SUNRISE RIDE SOULKL (11 - 12 JULY 2009) | |
|
| Author | Message |
|---|
da_flyze Hardcore


Number of posts: 513 Age: 31 Points: 582 Registration date: 2009-05-13
 | Subject: RIDE REPORT OVERNITE/SUNRISE RIDE SOULKL (11 - 12 JULY 2009) Tue 14 Jul 2009, 4:20 pm | |
| RIDE REPORT OVERNITE/SUNRISE RIDE SOULKL(11 - 12 JULY 2009) Tarikh/Masa: 11 - 12 Julai 2009 (Sabtu & Ahad)/5.00pm - 11.30am Lokasi: KL - Seremban - Bandaraya Melaka - Klebang SoulKL on the Bikes: AMD_535, Apekelala, FazliRasid, Da_flyze
SoulKL Honorable Hosts:
Tuan Presiden Mr. Man Bulat Bro Bai A.K.A. Sivaji Da Boss YB Azmeer Bro Lias Kdo Bro Jamil A.K.A. Mr. Jason Bro Hasan Bro Kamarol Bro Nas 8887 Bro Black68 Bro Very Black Bro Farouk Bro Fuad
Overnite/Sunrise Ride ini tercetus pada sesi TTS 7 Julai '09 apabila semboyan berbunyi memanggil AJK SoulKL untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat AJK SBMC di Melaka. Asalnya panggilan mesyuarat hanya menyebut tentang kehadiran Bro AMD_535 & Bro Apekelala, namun Bro FazliRasid & Bro Daflyze mengumumkan permintaan mereka untuk ride bersama ke Melaka.
RV Point Restoran Pelita KLCC
Secara amnya, ride bermula pada jam 5.00 pm apabila Bro FazliRasid Soul yang pertama menggolekkan tayar ke RV yang telah ditetapkan; iaitu Restoran Pelita Ampang berhampiran KLCC. Beliau disyorkan untuk bergerak lebih awal memandangkan kesasauan beliau yang sering sesat terutamanya di KL. Syukur Alhamdulillah, walaupun sesat, beliau berjaya tiba di RV Point jam 5.50pm.
Setibanya di Pelita, beliau menghubungi Bro AMD_535 untuk menyatakan ketibaan beliau & seterusnya mewartakan berita tersebut kepada Soul yang lain. Beliau menunggu di Pelita seorang diri sambil meminum air & makan, sambil mengusha bunga serta bersembang-sembang dengan SoulHantu. Sejurus kemudian Bro Da_flyze tiba untuk mengubati kebosanan beliau diikuti oleh Bro AMD_535 & Bro Apekelala.
Setelah menyambung aktiviti Bro FazliRasid seperti minum, makan, skodeng, bersembang & isap rokok, SoulKL on the bike tepat jam 7.15pm untuk ke destinasi Bandaraya Melaka. Bro Apekelala memperingati SoulKL untuk menunggang motor secara sederhana & rileks. Apabila perjalanan telah memasuki lebuhraya PLUS arah Selatan, barulah SoulKL yang lain faham bahawa rileks yang dimaksudkan adalah memulas throttle sampai tergeliat tangan...
Balairaya Berhampiran Kediaman Mr. Man Bulat
SoulKL berhenti di R&R Seremban untuk mengisi bahan bakar serta menjalankan proses perkumuhan. Perjalanan KL - Melaka adalah lancar tanpa sebarang insiden. SoulKL tiba di lokasi mesyuarat tepat jam 9.00pm dan mendapati beberapa AJK SBMC telah pun berada di sana; Tuan Presiden Mr. Man Bulat, Bro Bai A.K.A. Sivaji Da Boss, YB Azmeer, Bro Lias, Bro Jason & Bro Hasan. Bro Kamarol & Bro Nas 8887 menyusul seketika kemudian manakala SoulJasin mengumumkan sedikit kelewatan di atas sebab-sebab kecemasan. Setiausaha Kehormat SBMC, iaitu Pn. Ema merangkap isteri kepada Mr. Man Bulat tidak dapat bersama-sama mesyuarat akibat demam panas dan muntah-muntah.
Mesyuarat bermula tepat jam 9.45pm dengan kehadiran seramai 10 orang AJK tertinggi SoulBikerz & dipengerusikan oleh Mr. Man Bulat. Bro Black68 & Bro Very Black tiba setengah jam kemudian. SoulBikerz yang ingin mengetahui topik-topik & agenda yang diusulkan boleh merujuk kepada Head Chapter masing-masing. Mesyuarat AJK berlarutan seketika sehingga jam 11.00pm.
Restoran De' Mamak, Bandaraya Melaka
Setelah bermesyuarat, SoulBikerz membuat perancangan untuk berTTS di restoran De' Mamak. Mr. Man Bulat, Bro Lias Kdo, Bro Black68 & Bro Very Black memohon diri terlebih dahulu di atas urusan penting yang perlu diselesaikan. Setibanya di Restoran De' Mamak SoulBikerz dikuatkan lagi dengan kehadiran Bro Farouk & Bro Fuad. SoulBikerz berTTS seketika ditemani pertunjukan jalanan serta bunga-bungaan yang menghias malam SoulBikerz. Acapkali angin menghembus agak kencang memberi amaran bahawa malam bakal dirundung basah. Sebilangan SoulBikerz memohon diri untuk ke Hideout masing-masing meninggalkan Bro Bai A.K.A. Sivaji Da Boss, Bro Farouk & sepupu beliau, Bro AMD_535, Bro Apekelala, Bro FazliRasid & Bro Daflyze.
Setelah bosan melayan minum, makan, rokok, usha bunga dan merapu, Bro Bai A.K.A. Sivaji Da Boss memberi arahan kepada SoulBikerz untuk on the Bike ke destinasi seterusnya. Dengan bimbingan beliau, SoulBikerz menyusuri bandaraya Melaka untuk ke Pantai Klebang. SoulBikerz tiba di Pantai Klebang tepat jam 4.00am.
Pantai Klebang, Melaka
Di Pantai Klebang, Bro Bai A.K.A. Sivaji Da Boss memberi petua bagaimana mahu menjimatkan minyak serta memastikan ia sentiasa penuh. Beliau mengambil teladan kisah rakyat Seperti Gagak dengan Takar Berisi Air. Ketika ride, Bikerz perlu membawa beg yang diisi penuh dengan batu-batu kerikil yang dikutip daripada sungai. Apabila minyak tinggal separuh maka kerikil-kerikil tersebut dimasukkan ke dalam tank minyak sehingga minyak kembali penuh. Proses ini diulangi sehingga Bikerz tidak lagi perlu mengisi minyak selama-lamanya bahkan tidak perlu lagi ride. Begitulah menurut beliau.
Di samping itu, SoulBikerz juga dihiburkan dengan beberapa aksi panas serta aktiviti berjogging-jogging anak oleh pengunjung-pengunjung yang ada. Setelah puas merapu & merokok SoulBikerz mengambil keputusan untuk kembali ke Bandaraya Melaka tepat jam 5.00am sementara Bro Bai A.K.A. Sivaji Da Boss memerah otak mencari pam minyak yang berdekatan. Setelah mengisi minyak Bro Bai A.K.A. Sivaji Da Boss mengambil keputusan untuk segera pulang ke rumah kerana beliau mempunyai tugasan pada pagi tersebut. SoulKL ke restoran nasi kandar berhampiran MITC dipimpin oleh Bro Farouk.
Restoran Nasi Kandar Subaidah
SoulBikerz berTTS lagi sambil mengenang pengalaman bertemu entiti di restoran tersebut. Berdasarkan pengalaman yang dikongsi, bagi Bikerz yang ingin mencari pengalaman seram lokasi-lokasi seperti Sungai Lembing, Pahang; Bukit Tungku, Highland Towers, Hospital Lama Cheras, tempat kerja Bro AMD_535 & Bro FazliRasid merupakan tempat-tempat yang boleh dijadikan ujian.
Setelah bercomolot & mengucapkan selamat dengan Bro Farouk, SoulKL bergerak meninggalkan Melaka tepat jam 6.45am di mana permulaan hari menunjukkan cuaca mendung. Perjalanan kembali ke KL disulami hujan sederhana serta memusnahkan harapan SoulKL untuk ride melihat matahari terbit. Perjalanan adalah sederhana sebelum SoulKL berhenti di R&R Senawang/Tampin untuk mengenakan kit masing-masing.
R&R Senawang/Tampin Arah Utara
SoulKL mengambil peluang seketika untuk merehatkan sendi serta Iron Stallion masing-masing di wakaf yang disediakan. Akibat terlampau asyik dengan soraian burung & titisan air hujan tanpa mengendahkan lalat, Bro FazliRasid hampir ditinggalkan oleh SoulKL. Namun beliau berjaya dikejutkan oleh lalat yang hampir memasuki mulut beliau.
R&R Seremban arah Utara
Perjalanan diteruskan ke Destinasi seterusnya, iaitu R&R Seremban untuk Sarapan Pagi. SoulKL berhenti agak lama di sini apabila Bro Da_flyze mendapati tunggangan beliau leaking berhampiran oil filter. Manakala Bro AMD_535 juga mengalami sedikit permasalahan dan perlu diselesaikan segera sebelum beliau boleh ride.
SoulKL berkeliaran & bertempiaran di sekitar R&R sambil menikmati juadah & minuman yang disediakan. Mujurlah terdapat pelbagai bunga yang boleh ditatap oleh SoulKL sambil bersarapan. Menjelang jam 11.00am, Bro AMD_535 masih belum dapat menguraikan permasalahan beliau, SoulKL dengan pujukan Bro AMD_535 membuat keputusan untuk bergerak terlebih dahulu memberi ruang untuk beliau mengatasi permasalahan yang timbul. Dengan berat hati, SoulKL berpelukan & bercomolot dengan Bro AMD_535 sebelum bergerak ke Petronas yang berhampiran.
Setelah mengisis minyak, berpelukan & mengucapkan selamat, SoulKL mengorak langkah pulang ke Hideout masing-masing. SoulKL beriringan seketika sebelum Bro FazliRasid berpisah di Exit Puchong/Shah Alam. Bro Apekelala & Bro Da_flyze pula berpisah ketika di lebuhraya MRR2 berhampiran Cheras. Secara rasminya Overnite/Sunrise replaced by Rain-poured Ride melabuhkan tirai tepat jam 11.30am. Thanks to All...
Keputusan Ride: 1. Basah & tips jimat minyak motor... 2. Wabak takbolehtakride Bro Da_flyze masih lagi berjaya dikekang. 3. Bro FazliRasid memecah kebuntuan dengan berjaya tiba di KL. Salute to Bro FazliRasid. 4. Sedikit sebanyak SoulJunior mendapat pengajaran daripada perjalan mesyuarat AJK SBMC.
-END-P/s: Gambar selebihnya akan dihaploadkan kemudian. Mistakes are part of life. Experiences & lessons are learned from mistakes. Soul & Friends are discovered along the way.
|
|
 | |
fazlirasid Hardcore


Number of posts: 495 Age: 23 Points: 498 Registration date: 2009-02-17
 | Subject: Re: RIDE REPORT OVERNITE/SUNRISE RIDE SOULKL (11 - 12 JULY 2009) Tue 14 Jul 2009, 5:02 pm | |
| debaboom kebabom bom babom.....memang dabommmmmm lu nyer motot dah ok ke bro? esok wa kasi haplod gambar yang selebihnyer.... |
|
 | |
da_flyze Hardcore


Number of posts: 513 Age: 31 Points: 582 Registration date: 2009-05-13
 | Subject: Re: RIDE REPORT OVERNITE/SUNRISE RIDE SOULKL (11 - 12 JULY 2009) Tue 14 Jul 2009, 5:05 pm | |
| | fazlirasid wrote: | debaboom kebabom bom babom.....memang dabommmmmm lu nyer motot dah ok ke bro? esok wa kasi haplod gambar yang selebihnyer.... |
Thanx bro. Motot dah tiptop, mantop tebababommmm... Oil filter kasi tukar terus ok. Ride hari tu best bro. Wa rasa complete semacam... Balik tengok wayang dengan adik wa, wa terus tido 14 jam... Huhuhu. Thanx Brothers. |
|
 | |
fazlirasid Hardcore


Number of posts: 495 Age: 23 Points: 498 Registration date: 2009-02-17
 | Subject: Re: RIDE REPORT OVERNITE/SUNRISE RIDE SOULKL (11 - 12 JULY 2009) Tue 14 Jul 2009, 5:15 pm | |
| | da_flyze wrote: | | fazlirasid wrote: | debaboom kebabom bom babom.....memang dabommmmmm lu nyer motot dah ok ke bro? esok wa kasi haplod gambar yang selebihnyer.... |
Thanx bro. Motot dah tiptop, mantop tebababommmm... Oil filter kasi tukar terus ok. Ride hari tu best bro. Wa rasa complete semacam... Balik tengok wayang dengan adik wa, wa terus tido 14 jam... Huhuhu. Thanx Brothers. |
wa tido daripada hari balik hari tu...baru sedar pagi tadi trus masuk keje petang ni...huhuhu |
|
 | |
da_flyze Hardcore


Number of posts: 513 Age: 31 Points: 582 Registration date: 2009-05-13
 | Subject: Re: RIDE REPORT OVERNITE/SUNRISE RIDE SOULKL (11 - 12 JULY 2009) Tue 14 Jul 2009, 5:20 pm | |
| | fazlirasid wrote: | | da_flyze wrote: | | fazlirasid wrote: | debaboom kebabom bom babom.....memang dabommmmmm lu nyer motot dah ok ke bro? esok wa kasi haplod gambar yang selebihnyer.... |
Thanx bro. Motot dah tiptop, mantop tebababommmm... Oil filter kasi tukar terus ok. Ride hari tu best bro. Wa rasa complete semacam... Balik tengok wayang dengan adik wa, wa terus tido 14 jam... Huhuhu. Thanx Brothers. |
wa tido daripada hari balik hari tu...baru sedar pagi tadi trus masuk keje petang ni...huhuhu |
Pergh. Lagi da Bomb... |
|
 | |
apekelala Hardcore


Number of posts: 959 Age: 32 Points: 788 Registration date: 2007-12-31
 | |
 | |
fazlirasid Hardcore


Number of posts: 495 Age: 23 Points: 498 Registration date: 2009-02-17
 | |
 | |
amd_535 Hardcore


Number of posts: 1759 Age: 31 Points: 316 Registration date: 2007-10-11
 | Subject: Re: RIDE REPORT OVERNITE/SUNRISE RIDE SOULKL (11 - 12 JULY 2009) Tue 14 Jul 2009, 9:31 pm | |
| thanks to our reporter...........n secara rasmi for the club..............
terlebih dahulu wa nk mintak maaf pagi tu to all SoulKL members..........hanya lu all je yg tau ape telah berlaku........pepandai laa simpan k........
bro.....lu nyer report memang wa tak nafikan tarbabom kedabom chalipbow..........takuitakubow.......kokekkokebabom.......talipunbabommmm........
wa balik kul 2pm baru sampai umah........huhuhuhu...setelah semuanya selesai.......
thanks to all participant........
wa salut lu semua bro.......satu hati satu jiwa merapu tak ingat dunia dh....huhuhuhuhu......kalau sepuluh org ada cam lu semua for chapter KL sure memang meriah beb........coming soon ade laa tu yg sekepala gerak skang.......hehehehehe
anyway.....thanks to all....
*bro sasau, lu akhirnya berjaya tts kat KL......so next time takde alasan lagi k.........thanks bro..... |
|
 | |
fazlirasid Hardcore


Number of posts: 495 Age: 23 Points: 498 Registration date: 2009-02-17
 | Subject: Re: RIDE REPORT OVERNITE/SUNRISE RIDE SOULKL (11 - 12 JULY 2009) Wed 15 Jul 2009, 12:22 pm | |
| |
|
 | |
apekelala Hardcore


Number of posts: 959 Age: 32 Points: 788 Registration date: 2007-12-31
 | Subject: Re: RIDE REPORT OVERNITE/SUNRISE RIDE SOULKL (11 - 12 JULY 2009) Wed 15 Jul 2009, 2:30 pm | |
| |
|
 | |
batu
Number of posts: 9 Points: 7 Registration date: 2008-08-30
 | Subject: Re: RIDE REPORT OVERNITE/SUNRISE RIDE SOULKL (11 - 12 JULY 2009) Thu 16 Jul 2009, 12:40 am | |
|  Sori bro, wa tak dapat join sampek pagi. wa ada konvensyen pagi tu, . soul kl, tqvm |
|
 | |
pojiecdek Hardcore


Number of posts: 1731 Age: 34 Points: 587 Registration date: 2007-10-24
 | Subject: Re: RIDE REPORT OVERNITE/SUNRISE RIDE SOULKL (11 - 12 JULY 2009) Thu 16 Jul 2009, 11:15 am | |
| sorry wa tak dapat joint tu hari sebab dalam pantang lagi ... so dah habis pantang dah nie jom apa lagi gerak |
|
 | |
| | RIDE REPORT OVERNITE/SUNRISE RIDE SOULKL (11 - 12 JULY 2009) | |
|