Welcome to Soulbikerz Mc

FAMILY DAY SBMC 31hb Julai - 1hb Ogos 2010
Home­portal sbmc­Calendar­Gallery­FAQ­Search­Register­Usergroups­Log in
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 RIDE WITH ALL BIKERS CLUB (ABC)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
da_flyze
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 513
Age: 31
Points: 582
Registration date: 2009-05-13

PostSubject: RIDE WITH ALL BIKERS CLUB (ABC)   Wed 24 Feb 2010, 1:54 am



STESEN MINYAK SHELL, TOL SUNGAI BESI ARAH SELATAN


Pada hari Sabtu yang lalu (20 Februari 2010), Soul KL melalui Bro Li Botak telah dijemput untuk ride bersama Brothers daripada All Bikerz Club (ABC). Pada awalnya; seperti yang difahamkan, ride tersebut bertujuan mengescort pengantin yang dikatakan ada kena mengena dengan ABC. Namun, maklumat terakhir yang diperolehi memberitakan bahawa Soul KL hanya dijemput ride bersama ABC untuk menggempur majlis tersebut.

Soul KL berkumpul seawal jam 9.30 pagi di Stesen Minyak Shell berhampiran Tol Sungai Besi arah Selatan. Bro Notorious & Sis Liyana merupakan yang pertama tiba diikuti Bro Mac & Sis Ina & Bro AMD_535. Setelah lebih dari sejam menunggu, akhirnya Bro Apekelala menyusul diikuti Bro Da_flyze & Sis Iera. Setelah kehadiran disahkan, Soul KL memulakan perjalanan pada jam 11.00 pagi untuk bertemu dengan Bro Li Botak di destinasi seterusnya.







Penghulu Soul KL yang disegani


Soul KL bertemu dengan Bro Li Botak di sebuah pondok bas berhampiran Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya. Melihat kehadiran Soul KL, Bro Li Botak mengisyaratkan supaya perjalanan diteruskan untuk ke checkpoint seterusnya di mana Soul KL akan bergabung dengan ABC. Diberitakan juga bahawa ABC mengalami sedikit kelewatan disebabkan seekor kuda besi mengalami masalah skru kabel bateri tercabut.







Tonggak utama Soul KL

STESEN MINYAK PETRONAS PUTRAJAYA


Dipimpin oleh Bro Li Botak, Soul KL menuju ke Stesen Minyak Petronas di Putrajaya. Sambil menunggu ketibaan Konvoi ABC, Bro Li menjamu Soul KL dengan sedikit minuman ringan sambil menghembus asap.



Barisan Ladies of Souls mewarnai konvoi Soul KL


Setelah lebih kurang 15 minit menunggu, tiba-tiba kedengaran deruman kuda besi menandakan ketibaan konvoi ABC. Konvoi mengambil kesempatan seketika untuk melepaskan lelah sambil membaik pulih salah sebuah Kuda Besi spesies V5 yang mengalami sedikit masalah brek. Soul KL mengambil peluang ini untuk beramah mesra & berkenalan dengan brothers daripada ABC. Dengan kepakaran & pengalaman yang ada, masalah berjaya diatasi & konvoi meneruskan perjalanan ke istana mempelai.







Beberapa ahli ABC bertungkus lumus membaik pulih masalah kuda besi V5




Komuniti Majmuk ABC








Konvoi sedia memulakan perjalanan






El Capitan Soul KL (mamat ni kalau berdesup bukan setakat V8, kereta pun belum mampu boleh kejar)






Bro Notorious & Sis Liyana


The Newly Wedded Husband & Wife


Di separuh perjalanan, Bro Apekelala mengambil tugasan memimpin konvoi memandangkan destinasi majlis berhampiran dengan rumah beliau.


ISTANA MEMPELAI DI TAMAN QUEPACS, KAJANG


Ketibaan konvoi di destinasi kira-kira pada jam 1.00 tengah hari. Setelah merehatkan kuda besi masing-masing, gabungan ABC & SoulBikerz tanpa melengah-lengahkan masa lagi terus ke meja buffet untuk menjamu selera. Beberapa ketika setelah ketibaan konvoi, kedengaran paluan kompang menandakan ketibaan pasangan pengantin ke majlis.



Penghulu Soul KL; Bro AMD_535




El Capitan Soul KL; Bro Apekelala


Bro Da_flyze di samping Sis Iera




Awan Cody bersama Sis Liyana

http://lh6.ggpht.com/_lsmpn1aqn7k/S4PybsC0FZI/AAAAAAAABjg/yp4jVtSaY0I/s800/CIMG3580.JPG
" border="0" alt="" />

Bro Mac di samping Sis Ina




Waitress sedang melayan tetamu


Lu pehal cuit-cuit pinggang wa?


Wajah Soul KL yang mula mempamerkan kebosanan kekenyangan


Ob the Nike!!!


Lihatlah hasil bahaman Bro Mac


Lu makan semua ni? Bukan wa ke? Nge nge nge!!!






No Komen!


Lengan Bro Apekelala yang mengalami masalah mutasi jangkitan alergi


Hujan pun berhenti la Sis!


Korek-korek cium


Siapakah gerangan ini? Ada nyamuk dalam hidung...


Setelah puas merapu, konvoi ABC mengumumkan keberangkatan mereka. Sebaliknya konvoi Soul KL mengumumkan bahawa mereka akan berangkat ke Hideout Bro Apekelala sebentar untuk beristerehat memandangkan cuaca yang panas. Sebelum berpisah, SoulBikerz & ABC mengucapkan selamat & bergambar sebagai tanda kenangan kedua-dua kelab motosikal.





Simbolik persaudaraan SBMC & ABC










Keberangkatan pulang konvoi ABC




Menghormati bacaan doa sebelum bertolak




ONE HEART, ONE NAME.




Setelah selesai Bacaan Doa, Soul KL memohon diri daripada majlis untuk ke destinasi seterusnya; iaitu Hideout Bro Apekelala. Jarak hideout beliau daripada majlis adalah kira-kira 200 meter.


HIDEOUT BRO APEKELALA


Soul KL menggunakan peluang yang ada untuk menyejukkan badan serta merehatkan mata sebentar di Hideout Bro Apekelala. Terima kasih diucapkan kepada beliau di atas layanan yang diberikan.



Like husband, like wife.


Berapa bulan dah Bro? Bukan baru kahwin ke? What a Face


Buatla macam rumah sendiri Bro... Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil


Setelah puas berehat Soul KL kembali meneruskan perjalanan untuk ke destinasi seterusnya; iaitu menziarahi keluarga Bro Big di Pusat Perubatan Tropikana, TMC. Anakanda bongsu beliau dilaporkan mengalami demam panas lebih daripada 39 darjah celcius. Bro Apekelala tidak dapat ikut bersama ziarah kerana beliau juga mengalami masalah kesihatan.



Ketika di Terowong Penchala Link









TROPIKANA MEDICAL CENTRE, DAMANSARA


Soul KL tiba di TMC kira-kira jam 4.00 petang & mendapati anakanda beliau sudah hampir pulih. Namun doktor menasihati supaya beliau tinggal di wad selama sehari lagi bagi memastikan keaadaan anakanda bongsu beliau benar-benar pulih.





Sis Intan bersama baby Nana


Anakanda Sulung Bro Big; Zayad


Di TMC, Bro Big mengambil peluang berTTS sebentar bersama Soul KL di cafe pusat perubatan tersebut. Jamuan ringan ditaja oleh beliau sendiri.












Terima kasih diucapkan kepada Bro Li Botak yang menyatukan persaudaraan di antara SBMC & ABC. Didoakan semoga anakanda Bro Big cepat sembuh & begitu juga kepada Bro Apekelala. Well Done to All.


cheers cheers cheers ONE HEART, ONE NAME cheers cheers cheers

Big Thanks to Our Brothers From All Bikers Club (ABC):

BRO HARITH
BRO RAZZE & MEM
BRO ATTA & MEM
BRO FUAD
BRO ENAL
BRO MYDIN
BRO BASKARAN
BRO JANAH 900
BRO MAN 800
BRO JINGGO & SON
BRO WAK JOHN FARID
BRO JAMIN PUNCAK ALAM
BRO DIN KAPAR
BRO NOOR KAPAR
BRO SHAMSUL 500
BRO AMIR TAUKEY GRILL
BRO BASIR BMW
BRO ESA 800
BRO BOB MARLEY 800


Untuk melihat album penuh sila klik link di bawah:
http://picasaweb.google.com/real.royal/RideWithABC?feat=directlink




Last edited by da_flyze on Wed 03 Mar 2010, 1:33 am; edited 6 times in total
Back to top Go down
View user profile
amd_535
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 1759
Age: 31
Points: 316
Registration date: 2007-10-11

PostSubject: Re: RIDE WITH ALL BIKERS CLUB (ABC)   Wed 24 Feb 2010, 2:18 am

thanks bro Da-flyze...........no komen dh....sebagai contoh....

anyway thanks to all Soulers Chapter KL yg telah menjayakan ride tersebut......thanks to bro Lee Botak aka President Associates Club2 Bikerz KL......n thanks to Bro Apekelala coz tumpang berteduh sementara n tak lupa juga bro Big atas hidangan yg disediakan sewaktu we all di TMC.......

thanks to all your cooperation......Brotherhood never ending......
Back to top Go down
View user profile http://www.soulbikers.com/
apekelala
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 959
Age: 32
Points: 788
Registration date: 2007-12-31

PostSubject: Re: RIDE WITH ALL BIKERS CLUB (ABC)   Wed 24 Feb 2010, 4:55 am

tebaaaaboooowwwwwwwwwww Shocked Shocked Shocked Shocked Shocked cheers cheers cheers cheers cheers cheers
Back to top Go down
View user profile http://www.soulbikerz.com/profile.forum?mode=viewprofile&u=102
notorious
Junior soulbikers
Junior soulbikers


Number of posts: 171
Age: 30
Points: 174
Registration date: 2009-11-02

PostSubject: Re: RIDE WITH ALL BIKERS CLUB (ABC)   Wed 24 Feb 2010, 5:09 pm

Cool... ! Ride lagi soulers.... ride
bulan depan wa dah xda cuti weekend
Back to top Go down
View user profile
da_flyze
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 513
Age: 31
Points: 582
Registration date: 2009-05-13

PostSubject: Re: RIDE WITH ALL BIKERS CLUB (ABC)   Thu 25 Feb 2010, 7:28 pm

Back to top Go down
View user profile
Big
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 854
Age: 38
Points: 899
Registration date: 2009-07-01

PostSubject: Re: RIDE WITH ALL BIKERS CLUB (ABC)   Thu 25 Feb 2010, 7:58 pm

WELL DONE BROS SOULKL!!! 'BROTHERS IN ARMS'.....SALUTE!!! cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers
Back to top Go down
View user profile
shinchan
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 760
Age: 26
Points: 109
Registration date: 2007-09-28

PostSubject: Re: RIDE WITH ALL BIKERS CLUB (ABC)   Sun 28 Feb 2010, 9:16 am

cool bro.......good job......
Back to top Go down
View user profile
 

RIDE WITH ALL BIKERS CLUB (ABC)

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Welcome to Soulbikerz Mc :: Aktiviti Soul Bikers-
Post new topic   Reply to topic