Welcome to Soulbikerz Mc

FAMILY DAY SBMC 31hb Julai - 1hb Ogos 2010
 
Home­portal sbmc­Calendar­Gallery­FAQ­Search­Register­Usergroups­Log in
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.Share | 
 

 TTS(Teh Tarik Session) untuk warga SBMC K.L

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : Previous  1 ... 12 ... 21, 22, 23 ... 35 ... 48  Next
AuthorMessage
da_flyze
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 513
Age: 31
Points: 582
Registration date: 2009-05-13

PostSubject: Re: TTS(Teh Tarik Session) untuk warga SBMC K.L   Tue 21 Jul 2009, 8:48 am

Malam ni la meeting... Kita gerak sekangggg!!!
Back to top Go down
View user profile
mac
Junior soulbikers
Junior soulbikers


Number of posts: 254
Age: 33
Points: 269
Registration date: 2009-06-24

PostSubject: Re: TTS(Teh Tarik Session) untuk warga SBMC K.L   Tue 21 Jul 2009, 10:44 am

da_flyze wrote:
Malam ni la meeting... Kita gerak sekangggg!!!


aik.. dah meeting ker?
Back to top Go down
View user profile
apekelala
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 1006
Age: 32
Points: 838
Registration date: 2007-12-31

PostSubject: Re: TTS(Teh Tarik Session) untuk warga SBMC K.L   Tue 21 Jul 2009, 11:23 am

mac wrote:
da_flyze wrote:
Malam ni la meeting... Kita gerak sekangggg!!!


aik.. dah meeting ker?



blum gi.. What a Face
Back to top Go down
View user profile http://www.soulbikerz.com/profile.forum?mode=viewprofile&u=102
apekelala
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 1006
Age: 32
Points: 838
Registration date: 2007-12-31

PostSubject: Re: TTS(Teh Tarik Session) untuk warga SBMC K.L   Tue 21 Jul 2009, 11:28 am

da_flyze wrote:
Malam ni la meeting... Kita gerak sekangggg!!!



nanti wa free kita wat pra meeting..kekekeke
Back to top Go down
View user profile http://www.soulbikerz.com/profile.forum?mode=viewprofile&u=102
da_flyze
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 513
Age: 31
Points: 582
Registration date: 2009-05-13

PostSubject: TTS GAMBIR SOULKL 16 JULAI 2009   Tue 21 Jul 2009, 11:49 am

TTS GAMBIR SOULKL 16 JULAI 2009 (Ride report)


Tarikh/Masa: 16 Julai 2009/10.30pm - 2.30am
Lokasi: Ampang - KLCC
SoulBikerz on the Road: AMD_535, Apekelala & Da_flyze

SoulKL Guest of Honour: Amirul

TTS Sesi Pertama - Ampang


TTS Gambir bertujuan menyambut kehadiran Bro Amirul serta mengembalikan amanah penjagaan Iron Stallion beliau oleh Bro AMD_535 buat sementara waktu. TTS bermula dengan ketibaan Bro Apekelala & Bro Da_flyze ke lokasi yang telah ditetapkan berhampiran rumah Bro AMD_535. Bro Amirul & Bro AMD_535 telahpun berada di sana terlebih dahulu. Diberitakan, semasa Bro Amirul ingin membawa pulang Iron Stallion beliau, throttle kabel putus & memaksa AMD_535 membantu mengatasi situasi beliau. Dalam perkiraan SoulKL; mungkin Iron Stallion Customed beliau telah merajuk. Walau bagaimanapun, situasi tersebut berjaya diatasi dengan kebijaksanaan & pengalaman Bro AMD_535.

Aktiviti ketika TTS Gambir:
1. Perbincangan berkaitan Gambir & kepenggunaannya (18 SX);
2. Berkongsi pengalaman lampau (18 SX);
3. Mengenang memori ride yang lepas.


Bro Apekelala khusyuk mendengar Bro Amirul menceritakan tentang gambir.


Bro Da_flyze dengan hidangan Maggi Hailam beliau. Bro Apekelala kusut masai memikirkan hal gambir.


Tuk Batin merangkap Tuk Ketua merangkap Bobohizan SoulKL; Dukun Virago.


Bro Amirul tersipu malu menceritakan hal sahabat beliau yang menggunakan sekaligus sekapur gambir untuk hanya satu tusukan yang mengakibatkan ketumpulan.


"Siot tul AMD, habis dia makan nasi goreng ayam tu. Penat wa bagi hint gambir boleh mengebaskan perut yang berkeroncong."

Setelah bercerita & ketawa berdekah-dekah dengan cerita Bro Amirul, TTS sesi pertama ditamatkan kerana Bro Amirul perlu bangun awal keesokan harinya demi bertugas & tuan empunya kedai sudah memberi isyarat halau kepada SoulBikerz. SoulKL mengucapkan selamat kepada Bro Amirul & menjemput beliau untuk berTTS lagi di masa-masa yang akan datang. Bro AMD, Bro Apekelala & Bro Da_flyze melihat pemergian Bro Amirul dengan penuh sayu kerana TTS SoulKL selepas ini mungkin hanya dimeriahkan oleh dua ekor Iron Stallions sahaja. Di dalam hati, Bro Da_flyze & Bro Apekelala berdoa supaya V8 Bro AMD_535 segera diperolehi. Sebaliknya Bro AMD_535 tidak lagi pening kepala dengan wabak gerak sekanggg!!! Bro Da_flyze & Bro Apekelala.

Setelah bersembang sebentar di tepi jalan & Bro AMD telah mendapat beberapa panggilan dari rumah, akhirnya Bro Apekelala & Bro Da_flyze
mengucapkan selamat & bercemolot dengan Bro AMD_535 untuk kembali ke hideout masing-masing. Walau bagaimanapun, jauh di lubuk hati Bro Apekelala, beliau merasai ketidaksempurnaan di TTS kali ini. Dengan nada hampir berbisik, beliau mengajukan persoalan kepada Bro Da_flyze; "Nak lepak lagi ke???". Membujur lalu melintang patah, Bro Da_flyze menyambut seruan Bro Apekelala dengan jawapan positif.


TTS Sesi Kedua - KLCC

TTS sesi kedua hanya disertai Bro Apekelala & Bro Da_flyze di hangout favourite SoulKL terutamanya ketika lewat malam apabila mambang-mambang KL sedang berseronokan. Bro Apekelala & Bro Da_flyze hanya bercerita tentang topik permainan video.

Ketika sibuk berbual, SoulKL mendapati kemunculan seorang selebriti wanita terkenal (identiti dirahsiakan) yang memandang-mandang penuh minat ke arah SoulKL terutamanyan Bro Apekelala yang berketerampilan ala-ala John Travolta. Mungkin beliau tersalah sangka Bro Apekelala dengan Awie.

Setelah puas berborak, minum, menghisap berdozen-dozen rokok sambil mengagumi kecantikan mambang-mambang yang ada di lokasi, Bro Apekelala & Bro Da_flyze mengambil keputusan untuk menagguhkan TTS Gambir tepat jam 2.00am. Bro Apekelala meminta Bro Da_flyze mengejutkan beliau tepat jam 8.00am keesokan hari di mana Bro Da_flyze mengejutkan beliau jam 8.30am (Sori Bro). SoulKL tiba di hideout masing-masing jam 2.30am menandakan berakhirnya Sesi TTS Gambir 16 Julai 2009.

Keputusan TTS:
1. SoulKL sedikit sebanyak berjaya mempelajari khasiat gambir.
2. Wabak takbolehtakride SoulKL berjaya dikekang akibat keaktifan mengadakan sesi TTS.


cheers cheers cheers ride ride ride cheers cheers cheers

Mistakes are part of life. Experiences & lessons are learned from mistakes. Soul & Friends are discovered along the way.
Back to top Go down
View user profile
da_flyze
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 513
Age: 31
Points: 582
Registration date: 2009-05-13

PostSubject: Re: TTS(Teh Tarik Session) untuk warga SBMC K.L   Tue 21 Jul 2009, 11:52 am

apekelala wrote:
da_flyze wrote:
Malam ni la meeting... Kita gerak sekangggg!!!



nanti wa free kita wat pra meeting..kekekeke


Suntikan obat diperlukan...No No No
Back to top Go down
View user profile
mac
Junior soulbikers
Junior soulbikers


Number of posts: 254
Age: 33
Points: 269
Registration date: 2009-06-24

PostSubject: Re: TTS(Teh Tarik Session) untuk warga SBMC K.L   Tue 21 Jul 2009, 12:02 pm

apekelala wrote:
da_flyze wrote:
Malam ni la meeting... Kita gerak sekangggg!!!



nanti wa free kita wat pra meeting..kekekeke


Bro, kalau jadik sms gua.. insyallah mlm ni leh turun
Back to top Go down
View user profile
da_flyze
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 513
Age: 31
Points: 582
Registration date: 2009-05-13

PostSubject: Re: TTS(Teh Tarik Session) untuk warga SBMC K.L   Tue 21 Jul 2009, 1:05 pm

TTS Terjah SOUL KL 17 JULAI 2009


Tarikh/Masa: 17 JULAI 2009 (Jumaat)/10.30pm - 3.30am
Lokasi: Tempat Lazim SoulKL - Alam Damai
SoulBikerz on the Bikez: Apekelala & Da_flyze


TTS Sesi Pertama - Tempat Lazim


Telefon Bro Da_flyze berdering sebanyak dua kali pada jam 10.30pm tetapi tidak dijawab oleh beliau kerana beliau sedang membersihkan diri setelah penat mencuci Iron Stallion. Bro Da_flyze mendapati panggilan adalah daripada Bro Apekelala & dengan segera beliau menghubungi Bro Apekelala di mana Bro Apekelala mengajak berTTS. Bro Da_flyze tanpa usul periksa gerak skanggg!!! ke lokasi yang telah ditetapkan. Rupa-rupanya Bro Apekelala telah lama singgah di rumah Bro Da_flyze untuk ajak ride menemani beliau yang mengidam nasi goreng mamak di restoran terkenal berhampiran KLCC.

Bro Da_flyze menunggang Iron Stallion beliau mengharungi jalanraya KL yang tidak pernah sunyi dengan kenderaan. Sewaktu perjalanan beliau terserempak dengan seorang easybiker yang mengaplikasikan handle-ape yang beliau sangkakan Bro Apekelala. Rupa-rupanya penunggang tersebut merupakan member kepada Jokers yang menunggang HD Sportster yang dikagumi.

Bro Da_flyze meneruskan perjalanan & tiba di lokasi di mana beliau disambut hangat oleh ahli-ahli Jokers yang lain yang telah pun berada di situ. Mungkin mereka tersalah sangka Bro Da_flyze sebagai member mereka. Anyhow, we are stil Brothers! Tanpa segan silu Bro Da_flyze merehatkan Iron Stallion beliau dikalangan Iron Stallions HD sambil melillau mencari Bro Apekelala. Bro Apekelala mengisyaratkan kedudukan beliau & dengan segera Bro Da_flyze ke sana.

Bro da_flyze mendapati Bro Apekelala masih lagi berketerampilan ala-ala John Travolta dengan sedikit kegusaran di wajah beliau. Beliau memberitakan ketika perjalanan ke lokasi, tunggangan beliau menghadapi sedikit kesemputan & terhenti di sekitar Desa Pandan. Enjin Iron Stallion beliau dikatakan running pada satu bahagian sahaja. Sejurus memeriksa keadaan Iron Stallion sesumpah & membersihkan contact-point, Bro Apekelala membuat keputusan untuk makan dulu dengan harapan Iron Stallion beliau akan kembali pulih setelah selesai TTS.



Iron Stallion Sesumpah & Iron Stallion White Charisma. (Maaf Kalau ada yang buta nanti)


Awie ke John Travolta ni?


The many faces of Ironman


Bro Apekelala sedang memeriksa Spark Plug Sesumpah beliau.


Ketika ini Bro Da_flyze sedang gusar dengan kesejahteraan Sesumpah kerana tanpa Sesumpah, jawabnya dia ride sorang-sorang la...


Bro Apekelala, membuat pemeriksaan terakhir ketika TTS berakhir & mendapati masalah Sesumpah masih belum diatasi. Beliau membuat keputusan untuk bertawakal & berharap ketika perjalanan Sesumpah beliau akan kembali pulih. Memandangkan keadaan Sesumpah yang belum pulih, Bro Da_flyze membuat keputusan untuk mengescort Bro Apekelala ke hideout beliau. Ketika perjalanan asap hitam kelihatan di ekzos kiri Sesumpah apabila Bro Apekelala memerah throttle beliau. Walaupun dengan kondisi Sesumpah yang semput, Bro Apekelala masih bawak secara "Rileks" & mencapai halaju 150km/j. Bro Da_flyze tergeliat tangan mengikut dari belakang & menganggap Sesumpah sudah pulih. Hoooray!!! Betullah kenyataan Sis Pelat "Bawak motor pelan rosak."

Di sebuah traffic light Bro Apekelala mengajukan soalan yang pantang didengar oleh Bro Da_flyze; "Minum lagi ke?". Akibatnya tidak perlu diceritakan di sini.

TTS Sesi Kedua - Alam Damai


Sesi extra TTS merupakan suntikan bonus ubat xlehtakride kepada Bro Apekelala & Bro Da_flyze. TTS extra disulami dengan borakan & hisapan rokok. Antara topik yang dibincangkan:

1. Kesahihan kenyataan Sis Pelat berkaitan bawak perlahan rosak motor
2. Motor Pertama, Kedua SoulKL sebelum beralih ke Easy Riders
3. Memperingati Allahyarham Mekanik/Dukun Champion Yamaha

TTS extra berakhir dengan upacara mengisi minyak oleh Bro Da_flyze & permintaan Bro Apekelala kepada Bro Da_flyze supaya mengejut beliau jam 9.30am pagi tersebut. Seperti biasa, Bro Da_flyze hanya sedar dari koma jam 10.30am & mendapat maklumat bahawa Bro Apekelala telahpun bangun daripada waktu yang ditetapkan (Sorry Bro). Sesi TTS ditangguhkan pada jam 3.30am dengan penuh kenangan & pengalaman.

Keputusan TTS:
1. Jangan bawak motor slow, nanti motor rosak.
2. Ride extra dose = ketenteraman jiwa

cheers cheers cheers ride ride ride cheers cheers cheers

Mistakes are part of life. Experiences & lessons are learned from mistakes. Soul & Friends are discovered along the way.


Last edited by da_flyze on Tue 21 Jul 2009, 6:05 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
da_flyze
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 513
Age: 31
Points: 582
Registration date: 2009-05-13

PostSubject: Re: TTS(Teh Tarik Session) untuk warga SBMC K.L   Tue 21 Jul 2009, 1:15 pm

pelat wrote:
minggu ni soul mka jadik g kl..msg chekpoint akn wa anta nti..wokkkeyyy... flower


cheers cheers cheersride ride ride cheers cheers cheers
MOST WELCOME SOULBIKERZ CHAPTER MELAKA
cheers cheers cheers ride ride ride cheers cheers cheers
Back to top Go down
View user profile
pojiecdek
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 1829
Age: 34
Points: 687
Registration date: 2007-10-24

PostSubject: Re: TTS(Teh Tarik Session) untuk warga SBMC K.L   Tue 21 Jul 2009, 3:38 pm

uiikk bro mirul dah bertukar tempat ker dah dok kl yerk
Back to top Go down
View user profile http://www.soulbikers.com
pelat
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 1441
Age: 31
Points: 999
Registration date: 2007-10-01

PostSubject: Re: TTS(Teh Tarik Session) untuk warga SBMC K.L   Tue 21 Jul 2009, 4:09 pm

flower
Back to top Go down
View user profile
man bulat
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 626
Age: 36
Points: 465
Registration date: 2007-09-29

PostSubject: Re: TTS(Teh Tarik Session) untuk warga SBMC K.L   Tue 21 Jul 2009, 5:09 pm

[quote="pelat"]flower[/quote

Ksian amd kan pelat...dia kembali susah n jadi soul.bas @ soul.teksi smula.. No Sad ..Marilah kita sama2 doakn amd dpt a.s.a.p V8 yg diidam2 kan.. cheers cheers tapi klu xdpt V8 pn xpe bro..V125 pn leh.. Twisted Evil Twisted Evil..papepn wa tetap syg lu bro.. Razz Razz soul4inlove
Back to top Go down
View user profile
amd_535
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 1808
Age: 31
Points: 369
Registration date: 2007-10-11

PostSubject: Re: TTS(Teh Tarik Session) untuk warga SBMC K.L   Tue 21 Jul 2009, 8:38 pm

huhuhuhuhu.........jumaat mlm sabtu....jgn lupa pada nama yg telah tersenarai tuk turun TTS (short meeting) n pada nama yg tak tersenarai.......senaraikan lah diri anda kalau anda bikerz.............

di ingatkan lagi......
Jumaat nie....mlm sabtu.....
bersamaan 24/07/09.....
tempat Pelita KLCC......
tiada lagi sebarang kemuyskilan.........
tiada kata dua lagi sebagai alasan...........

selain panggilan illahi.........


*jgn ambik hati k........hati wa dh ade yg punya.......huhuhuhuhu........c u later bro....
Back to top Go down
View user profile http://www.soulbikers.com/
fazlirasid
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 526
Age: 24
Points: 529
Registration date: 2009-02-17

PostSubject: Re: TTS(Teh Tarik Session) untuk warga SBMC K.L   Wed 22 Jul 2009, 8:49 am

amd_535 wrote:
huhuhuhuhu.........jumaat mlm sabtu....jgn lupa pada nama yg telah tersenarai tuk turun TTS (short meeting) n pada nama yg tak tersenarai.......senaraikan lah diri anda kalau anda bikerz.............

di ingatkan lagi......
Jumaat nie....mlm sabtu.....
bersamaan 24/07/09.....
tempat Pelita KLCC......
tiada lagi sebarang kemuyskilan.........
tiada kata dua lagi sebagai alasan...........

selain panggilan illahi.........


*jgn ambik hati k........hati wa dh ade yg punya.......huhuhuhuhu........c u later bro....

dah pandai berjiwang lu skg ni...hehehhe ok bro jumpe jumaat malm sabtu wa datang ngan lu punyer janda
Back to top Go down
View user profile
amd_535
Hardcore
Hardcore


Number of posts: 1808
Age: 31
Points: 369
Registration date: 2007-10-11

PostSubject: Re: TTS(Teh Tarik Session) untuk warga SBMC K.L   Wed 22 Jul 2009, 2:20 pm

just permintaan bro Mirul Army............

TTS kat Putrajaya..........wa on je.......lagipun wa nk ambik motor dia nk guna hari sabtu nanti.......amacam?.......tiada alasan lain lagi selain.........lu pikir lar sendiri.....huhuhuhuhu....

ride ride ride ride ride ride
Back to top Go down
View user profile http://www.soulbikers.com/
 

TTS(Teh Tarik Session) untuk warga SBMC K.L

View previous topic View next topic Back to top 
Page 22 of 48Goto page : Previous  1 ... 12 ... 21, 22, 23 ... 35 ... 48  Next

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Welcome to Soulbikerz Mc :: Aktiviti Soul Bikers-
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.