| Who is Online ? | In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 Bot None Most users ever online was 106 on Mon 05 Jul 2010, 1:07 pm | | Statistics | We have 523 registered users The newest registered user is baale101
Our users have posted a total of 16978 messages in 689 subjects
|
| | RIDE REPORT JEMPUTAN BRADERS M.G. | Tue 19 Jan 2010, 6:11 pm by da_flyze | JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN CLUB HOUSE BRADERS MG (Ride Report)
Tarikh: 17 Januari 2010
Masa: 9.30 am – 11.00 pm
Pergerakan Konvoi:
Soul Mother Chapter
Petronas Ayer Keroh – R&R Seremban (Utara) – Dengkil – Kampung Melayu Subang – Subang Bestari – KS Motorcycles – R&R Seremban – Melaka
Soul KL
Shell Tol Sg. Besi – R&R Seremban (Selatan) – R&R Seremban (Utara) – Dengkil – Kampung Melayu Subang – Subang Bestari – KS Motorcycles – R&R Seremban – Klang
SoulBikerz on the Bike:
Tuan Presiden Mr. Man Bulat & Lady Pelat
Bro AMD_535
Bro Apekelala
Bro Din Vulcan_Harimau
Bro C.D.
Bro Black
Bro Big
Bro Jason
Bro SinChan
Bro CBX_750 & Sis NewBiker
Bro Kampung Boy Nas
Bro Pojiecdek
Bro Y.B. Azmeer
Bro Mac
Bro Naeim
Bro Farouk d’ Bulu-bulu Man
Bro Khalid & Pillion
Bro Hairi
Bro Daud a.k.a. Petpot
Bro Man Janggut
Bro Kamarul
Bro Zack
Bro Alex
Bro Bulan
Bro Belalang
Bro cJamil & Pillion
Bro Aziz a.k.a. Mbam
Bro Notorious & Pillion
Bro Li Botak
Bro A.G.
Bro Zul JB & Wife
Bro Da_flyze & Pillion
Perjalanan Soul KL bermula dari checkpoint pertama Stesen Minyak Shell Sg. Besi yang dijadikan RV point untuk Soulers dari Lembah Klang. Bro Big & Bro A.G. merupakan yang pertama tiba di RV Point diikuti Bro Apekelala, Bro Li Botak, Bro Notorious & Pillion, Bro Farouk, Bro Mac, & Bro Da_flyze bersama adik beliau sebagai pillion. Ketika menunggu ketibaan Bro AMD_535 Soul KL sempat berselisih & bertemu bikers dari kelab Skuter Sym yang menuju ke Port Dickson serta V-Kings yang juga menuju ke destinasi yang sama. Bro AMD_535 tiba sejurus kemudian pada jam 10.30 am menandakan kesediaan Soul KL untuk memulakan perjalanan.
Diberitakan bahawa Soul Mother Chapter berkumpul di Petronas Ayer Keroh pada jam 9.30 am & sudah pun memulakan perjalanan ke R&R Seremban (Utara) bagi bertemu dan berkumpul bersama-sama Soul KL. Walau bagaimanapun, pergerakan konvoi Soul Mother Chapter sedikit tergendala kerana Iron Horse Tuan Presiden mengalami kebocoran tayar ketika berada di koordinat Pedas – Linggi.
Menyedari konvoi Soul Mother Chapter yang hampir tiba di RV point, Soul KL bingkas memulakan perjalanan setelah semua ahli disahkan hadir. Perjalanan diterajui oleh Bro AMD_535 & Bro Apekelala secara bergilir-gilir yang dibantu oleh Bro Li Botak selaku Marshall. Jelas kelihatan wajah Soul KL yang exited terutamanya bagi Bro Notorious & Bro A.G. yang pertama kali bersua muka dengan Soul Mother Chapter.
Berhampiran R&R Seremban (Selatan), Iron Horse Bro Da_flyze tiba-tiba kehilangan kuasa kuda serta memaksa konvoi untuk menghentikan perjalananan. Bro Da_flyze menyangka bahawa Iron Horse beliau kehabisan bahan bakar & memohon jasa baik Bro Notorious untuk mendermakan 500 ml petrol untuk ke stesen minyak berdekatan. Ketika perjalananan konvoi juga mendapati bahawa Iron Horse Bro A.G. juga mengalami sedikit keabnormalan kerana mengeluarkan asap putih.
Minyak yang diderma oleh Bro Notorious gagal menghidupkan Iron Horse Bro Da_flyze & memaksa Bro AMD_535 untuk menunda Iron Horse tersebut ke Petronas R&R Seremban (Selatan) untuk diagnostik yang lebih terperinci. Soul KL bertungkus lumus membongkar & membedah Iron Horse Bro Da_flyze bagi menjejaki punca kegagalan. Bro Din Vulcan Harimau mengambil inisiatif untuk berpisah daripada Konvoi Mother Chapter untuk ke lokasi Soul KL bagi melihat masalah dengan lebih dekat. Beliau menganggap bahawa kegagalan tersebut merupakan tulah yang telah backfire kerana kononnya Bro Da_flyze telah mengutuk & mengetawakan Tok Bomoh V5 di dalam forum.
Setelah seketika membedah & membongkar Iron Horse Bro_Daflyze, punca kegagalan masih gagal dikenalpasti serta memaksa Bro Da_flyze untuk tidak meneruskan perjalanan & mengisyaratkan Soul KL yang lain untuk meneruskan perjalanan tanpa beliau. Dengan berat hati, Bro Da_flyze terpaksa berpisah daripada konvoi & mencari penyelesaian kepada masalah yang dialami. Mujurlah Bro Big mempunyai penyelesaian & mencadangkan supaya Iron Horse Bro Da_flyze diangkut dengan lori milik saudaranya, Bro Adi untuk dibawa ke KS Motorcycles.
Di sebalik pergerakan Konvoi Soul KL, Bro Apekelala, Bro AMD_535, Bro Li Botak membuat keputusan yang mengharukan untuk tinggal bersama Bro Da_flyze walaupun beliau meyakinkan mereka untuk meneruskan perjalanan. Walaupun tidak dapat memulihkan Iron Horse Bro Da_flyze namun, tindakan tersebut menyuntik semangat kepada Bro Da_flyze agar bertenang & melihat situasi secara positif & proaktif. Penghargaan juga harus diberikan kepada Bro Farouk & kesemua warga Petronas R&R Seremban (Selatan) kerana memberi ruangan serta minuman kepada Soulbikerz sambil menunggu Bro Adi yang dijangkakan tiba dalam masa dua jam dari Kuala Selangor.
Sambil menunggu, Soulers yang tinggal sempat menyaksikan pergerakan Konvoi SoulBikerz pada arah yang bertentangan sambil melambaikan selamat jalan. Saiz konvoi yang besar ternyata menunjukkan kehebatan SoulBikerz & mengecewakan hati Soulers yang tinggal kerana tidak dapat menyertai mereka. Setelah lori tiba pada jam 3.30 pm, tanpa membuang masa Bro Da_flyze terus menyorong Iron Horse beliau ke dalam lori & bergegas ke KS Motorcycles diiringi Bro AMD_535, Bro Apekelala & Bro Li Botak. Lori tiba di bengkel jam 4.45 pm.
Ketika berhampiran Dengkil, Iron Horse Bro Zul dari JB pula mengalami kegagalan. Radiator beliau telah tersumbat & menyebabkan air penyejuk tersembur keluar dari radiator. Bro Din Vulcan Harimau mengisytiharkan bahawa hari tersebut merupakan hari breakdown kepada bikerz yang bernama ZUL yang menunggang Iron Horse Vulcan 500. Bro Zul JB mengambil keputusan untuk kembali ke Nilai & menunggu lori Bro Adi untuk bersama-sama Bro Da_flyze menghantar Iron Horse mereka ke KS Motorcycles, Jalan Ipoh.
Sambil menunggu ketibaan lori, Bro Zul menggunakan kesempatan tersebut untuk mencari bengkel motosikal yang berdekatan dengan harapan Iron Horse beliau dapat dipulihkan untuk kembali menyertai konvoi. Walau bagaimanapun, masalah masih gagal diatasi & beliau membuat keputusan drastik untuk kembali ke JB berseorangan sambil menyimbah air ke motor beliau dari semasa ke semasa untuk menyejukkan enjin. Beliau memohon maaf & menyatakan kekesalan kepada SoulBikerz kerana tidak dapat bersama-sama menyertai konvoi ke Majlis Braders MG di Kampung Melayu Subang.
Konvoi besar SoulBikerz tiba di Club House Braders MG pada jam 1.30 pm di mana mereka telah pun bersedia menunggu ketibaan SoulBikerz. SoulBikerz dijamu dengan hidangan yang enak-enak belaka di samping jualan aksesori motosikal berkuasa tinggi. Bro Big mengambil peluang tersebut membeli Engine Guard depan & belakang daripada jualan tersebut. Tuan Presiden Mr. Man Bulat menggunakan peluang yang ada menyampaikan cenderahati kepada Presiden mereka sebagai tanda persaudaraan SoulBikerz MC dan Braderz MG. Diberitakan juga bahawa pihak Braders MG juga sedang menunggu ketibaan Southern Dragons MC selain SBMC.
Destinasi seterusnya, adalah ke Hideout Bro Big di Subang Bestari. Bro Big & sekeluarga telah menjemput semua warga SoulBikerz yang menyertai konvoi pada hari tersebut ke rumah beliau untuk sedikit jamuan serta istirehat sebelum konvoi meneruskan perjalanan. Beliau telah menjamu SoulBikerz dengan hidangan lazat yang mampu memuaskan tembolok SoulBikerz. Kesemua Soul nyata-nyata terharu dengan layanan & kemesraan Bro Big sekeluarga walaupun ada yang menyatakan makanan tidak cukup akibat terlampau lazat. Ada juga Soul yang terlelap seketika kerana terasa seperti di rumah sendiri.
Seterusnya, Konvoi SoulBikerz kembali bergerak selepas mengisi minyak untuk melawat Bro AMD_535, Bro Apekelala, Bro Li Botak & Bro Da_flyze di KS Motorcycles, Jalan Ipoh. Ketibaan dicatatkan pada jam 5.15 pm. Ketibaan konvoi menaikkan semangat Soulers yang tinggal disebalik kesedihan tidak dapat menyertai konvoi. SoulBikerz mengambil peluang minum sebentar di kedai mamak berhampiran sambil bertukar-tukar pengalaman ride pada hari tersebut. Tuan empunya bengkel Ah Fatt melaporkan bahawa Iron Horse Bro Da_flyze tidak dapat disiapkan pada hari tersebut & meyakinkan bahawa kegagalan melibatkan masalah pendawaian.
Akhirnya Soul Mother Chapter berpisah dengan Soul KL di lokasi berkenaan memandang ramai Soulers yang bakal bekerja keesokan harinya. Bro Notorious & Bro A.G. menyatakan keterujaan mereka pada tahap yang paling tinggi kerana dapat menyertai aktiviti awal SBMC tahun 2010. Soul Mother Chapter dilaporkan akan meneruskan perjalanan ke R&R Seremban sebelum bergerak pulang ke tanah air; Bandaraya Melaka Bersejarah. Setibanya di Mothereland, Soul Mother Chapter ber TTS sebentar bagi menghilangkan penat kerana ada sebilangan Soulers yang masih tidak puas ride.
Manakala Soul KL pula, akibat tidak puas ride ditambah dengan ride rosak serta ingin melayan Bro Naeim yang tinggal di KL, membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Klang sebagai Sunset Ride & melayan ikan bakar di sana. Bro Big bersyukur kerana Sunset Ride tidak disertai Ride Lencun.
Aktiviti secara rasminya ditamatkan pada jam 11.00 pm, 17 January 2009 waktu tempatan.
Mistakes are part of life. Experiences & lessons are learned from mistakes. Soul & Friends are discovered along the way.
| | Comments: 49 | | Brother link |
 |
| | August 2010 | | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
|---|
| | | | | | | 1 | | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | | 30 | 31 | | | | | | Calendar |
| |