Welcome to Soulbikerz Mc

FAMILY DAY SBMC 31hb Julai - 1hb Ogos 2010
Home­portal sbmc­Calendar­Gallery­FAQ­Search­Register­Usergroups­Log in
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit:
:: I forgot my password
Latest topics
» SBMC FAMILY DAY 2010
Yesterday at 10:30 am by shinchan

» FOR SALE APPLE IPHONE 3GS 32GB FOR JUST $320USD
Yesterday at 12:58 am by baale101

» tips utk virago
Fri 30 Jul 2010, 12:36 pm by apekelala

» sawadekap
Fri 30 Jul 2010, 10:18 am by pogie

» Selamat Ari Lahir
Thu 29 Jul 2010, 11:14 pm by zack

» RIDE PEKENA DURIAN KAT K.PILAH & MANDI MANDA KAT ULU BENDUL
Thu 29 Jul 2010, 4:31 pm by villageboy

» RED GARAGE 2nd Love Ride Not War Party
Thu 29 Jul 2010, 4:02 pm by villageboy

» KARNIVAL CHOPPER TEMERLOH-FRIENDSHIP AMONG US
Wed 28 Jul 2010, 5:02 pm by da_flyze

» PENANG BIKE WEEK DARI KAMERA BULAN
Wed 28 Jul 2010, 4:59 pm by da_flyze

» RIDE TO PENANG BIKE WEEK 2010 - lets go bebeh!!
Wed 28 Jul 2010, 4:57 pm by da_flyze

Who is Online ?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 106 on Mon 05 Jul 2010, 1:07 pm
Statistics
We have 523 registered users
The newest registered user is baale101

Our users have posted a total of 16978 messages in 689 subjects
RIDE REPORT TTS BEDAL SATE KAJANG PD (20 JUN 2009)
Tue 23 Jun 2009, 4:16 pm by da_flyze
RIDE REPORT TTS BEDAL SATE KAJANG PORT DICKSON


Tarikh/Masa: 20 JUN 2009 (Sabtu)/5.00pm - 12.00pm
Lokasi: Restoran Sate Kajang Hj. Samuri Caw. Port Dickson
SoulBikerz on the Bike:
1. Tuan Presiden Mr. Man Bulat & Lady Pelat,
2. Bro Kamarul & Wife,
3. Bro Khalid
4. Bro Din,
5. Bro Naim,
6. Bro Lias
7. Mr. Jason a.k.a Bro Jamil,
8. Bro Fuad & Son,
9. Bro KampungBoy(nas 8887)
10. Bro Azmeer
11. Bro APekelala
12. Bro Da_flyze

Peringatan: Ride Report dibuat berdasarkan perspektif & daya ingatan SoulBikerz Chapter KL (Bro Da_flyze). Sekiranya terdapat kesalahan fakta & ketepatan sila maklumkan segera kepada Admin.

RV Point Pertama (Soul KL): Tol Sg. Besi

RV Point Ride-off Soul KL telah ditetapkan oleh Bro Apekala di Hentian Sebelah berdekatan Tol Sg. Besi. Masa RV tidak ditetapkan. Memandangkan Bro Da_flyze sudah tidak dapat mengawal Iron Stallionnya yang tidak sabar-sabar bergerak, beliau mengambil keputusan untuk Gerak Skaaannng!!! dan tiba di RV Point tepat jam 1.00pm. Setibanya di RV point, beliau terus menghubungi Bro Apekelala memberitakan hal Iron Stallionnya yang tiba-tiba melompat dan telah sampai di titik tolak TTS Bedal untuk Soul KL. Bro Apekelala dengan segera menyarung patchersnya & menunggang dengan halaju maksima ke RV point Sg Besi.

Perancangan asal, Soul KL ingin memulakan perjalanan pada awal pagi Sabtu, 20 Jun '09 & melawat tempat-tempat menarik di Bandaraya Melaka sebelum upacara Rasmi TTS Bedal bermula. Walau bagaimanapun, rancangan terpaksa ditangguhkan berikutan hujan lebat & suasana lembab yang melanda Kuala Lumpur.

Soul KL on the bike jam 2.45pm setelah memberi makan Iron Stallion masing-masing. Perjalanan kedua-dua Soul Bikerz dalam keadaan lancar di mana pada sesekali masa bro Apekelala memecah kebuntuan Halaju untuk menguji kekuatan tunggangannya. Soul KL tiba di bandaraya Melaka tepat jam 4.00pm.

Setibanya di Melaka, Bro Apekelala memberi isyarat makan-time yang disambut ceria oleh Bro Da_flyze yang kebulur (walaupun dah makan pagi). Soul KL merehatkan Iron Stallion mereka bertentangan Bangunan MBMB di mana Bro Apekelala menceritakan kenangan manis beliau pekena Jemput-jemput tujuh (7) bakul di situ. Soul KL menikmati juadah ringan sambil menantikan kelibat SoulBikerz yang kemungkinan melalui kawasan tersebut ke RV Petronas Ayer Keroh memandang masa sudah melewati jam 5.00pm.

Tiba-tiba kelihatan Iron Stallion yang amat dikenali yang ditunggang oleh Da_Bomb Couple; iaitu Mr President Man Bulat Bersama Lady Pelat. Tanpa membuang masa, Soul KL terus melompat ke atas Iron Stallion masing-masing dan menyambut ketibaan Teraju Teras SoulBikerz dengan pelukan & sapaan mesra
.

Soul KL bergerak ke RV Point rasmi TTS bedal dipimpin oleh Mr. Man Bulat.

RV Point Rasmi TTS Bedal: Stesen Minyak Petronas Ayer Keroh.

Jam menunjukkan 5.00 - 5.15pm. Kelihatan beberapa ahli SoulBikerz sudah pun berada di RV Petronas Air Keroh; Bro Fuad, Bro Naim, Bro Azmeer, Bro Kamarul & Bro Khalid. Bro Jason tiba sejurus kemudian. Bro Nas tunggu di traffic light (entah di mana). Soulbikerz menunggu bro Din untuk seketika waktu yang dikatakan sudah on the bike ke RV point sebelum membuat keputusan untuk Ride-off ke destinasi yang ditetapkan memandangkan jam menunjukkan hampir pukul 6.00pm.




Lady Pelat dalam hati "Wa boring la... Biler nak gerak ni..."




Mr. Man: Alamak Terjelupuk!!!
Bro Azmeer: Yang lu pijak kasut wa apehal Bro...


Bro Jason: Wa yang paling hebat!!!
Bro Khalid: Lu pikir lu bagus la...
Mr. Man: Pehal 2 ekor ni
Apekelala: Gerak Skannng!!!
Bro Azmeer: Apedaaa...


Apekelala: Tayar Wa dah botak la
Bro Naim: Yang lu pegi cukur rambut dia watpe!!!



From left: Bro Apekelala, Bro Jason, Bro Khalid, Mr Man Bulat

Soulbikerz mengorak langkah tepat jam 6.00pm melalui Lebuhraya PLUS arah Utara ke Port Dickson. Di tengah-tengah perjalanan, kelompok kecil SoulBikerz telah disertai oleh SoulBikerz yang lain menjadikan jumlah SoulBikerz on the road sepuluh (10) ekor Iron Stallions. Soulbikerz berhenti seketika di exit Tampin/PD bagi mengambil nafas berasap. Kelihatan motor Bro Din tiba-tiba melelehkan cecair hijau dengan banyak ketika di perhentian manakala tunggangan Bro Nas kekurangan cecair penyejuk.






Motor wa muntah siol...



Bro Din mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan & Soulbikerz kembali on the bike 30minit kemudian. Perjalanan separuh masa kedua terhenti seketika oleh kerana Iron Stallion Bro Kamarul mengalami kecedaraan ekor di mana signal lamp beliau tercabut & terpaksa dipegang oleh isteri beliau.

Walaupun terdapat pelbagai dugaan semasa perjalanan, Alhamdulillah, SoulBikerz tiba di Restoran Sate Kajang Hj. Samuri caw. PD tepat jam 7.45pm.


Lokasi Sate Kajang Hj. Samuri Caw. PD

Sebanyak 100 cucuk sate Daging & Ayam telah diorder pada sesi pertama, dan 60 cucuk lagi pada sesi kedua memandangkan SoulBikerz memang kuat membedal. Bro Lias tiba di destinasi sejam kemudian akibat tugasan. Salute kepada bro Lias yang sanggup datang solo sejurus setelah tugasan selesai. Ketibaan bro lias menyaksikan 20 cucuk sate ayam diorder khas untuk diri beliau. Walau bagaimanapun, Teh Tarik yang diorder tidak kunjung tiba menyebabkan beliau mengepau air kosong yang ada di atas meja.


Lady Pelat & Mr Man Bulat


Bro Apekelala & Bro Nas

Sambil Pekena sate, air & asap, beberapa SoulBikerz pergi melawat Bundle Baden bersebelahan tempat menjamu selera untuk merehatkan perut dan menjamu mata.


Topik Perbincangan TTS Bedal
1. Annual Ride - Are you ready guys!! Bro Man memberi update-update terakhir berkaitan Annual Ride SBMC. Kemungkinan besar, Annual Ride tidak akan diganggu oleh aktiviti-aktiviti lain. Mungkin tidak akan disambut oleh Bikers dari JB & Y.M. Tengku Muda tiada pada tarikh tersebut.
2. Melaka Bike Fest - Berapa update yang dikemukakan berkaitan Malacca Bike Fest, seperti yuran penyertaan dan hak penganjuran.


Mr. Man Bulat, Bro Fuad & Son


Sate mentah 2000 cucuk taukeh.


Bro Naim, Bro Din & Bro Jason


Mesyuarat in session

Selepas upacara membedal Sate & bermesyuarat kechil, Soulbikerz bergerak menuju ke destinasi seterusnya selepas beberapa cadangan dikemukakan. Next destination: Seremban 2.

Sebelum on the road, Soulbikerz singgah di Petronas berhampiran untuk mengisi bahan cerna Iron Stallion masing-masing. Soulbikerz on the Road dari PD jam 9.30pm untuk ke Seremban 2. Perjalanan adalah lancar tanpa sebarang kejadian yang membimbangkan.







Lokasi Seremban 2

Deruman Irin Stallions SoulBikerz memecah keheningan Bandaraya Seremban bermula dari Senawang sehingga ke Seremban 2. Konvoi dipimpin oleh Bro Din yang dikatakan arif berkaitan lokasi TTS yang hendak dituju. Konvoi sesat di perkarangan Seremban 2 di mana SoulBikerz berhenti seketika bagi membolehkan Bro Din mengenal pasti lokasi yang dicari.

Sambil berhenti, Bro Lias membaik pulih ekor janda lamanya yang buta di sebelah kanan. "TQ Bro Lias", ujar Bro Da_flyze. Dengan bantuan dua (2) orang anak buah Bro Din, SoulBikerz berjaya tiba di lokasi yang menawarkan Karaoke secara terbuka.


The Great Iron Stallions of SBMC


We are SBMC


Dellicate Figure at far distance...


Bini Baru & Janda Bro Lias

Soulbikerz menikmati Teh Tarik & bersulamkan Karaoke yang dipersembahkan secara bergilir-gilir oleh SoulBikerz. Antara yang menyampaikan lagu; Bro Fuad, Bro Nas, Bro Din, Lady Pelat, Bro Azmeer & persembahan penutup disampaikan ole Mr. Man Bulat. Sesi karaoke berlarutan sehingga jam 12.00am. Setelah puas berkaraoke, Soul KL bercomolot dengan Soul Melaka & mengucapkan selamat kerana dua (2) ekor Iron Stallion bakal bergerak ke Kuala Lumpur & berpisah daripada konvoi utama. Manakala Soul Melaka pula akan bergerak kembali ke Hideout masing-masing di Bandaraya Melaka.

Secara rasminya TTS Bedal sate Kajang PD melabuhkan tirai tepat jam 12.00am. Thank you Soul Melaka for the memorable night.

TTS Extra-time (Soul KL ride home & visit Bro AMD_535)

Seperti biasa, ride home Soul KL bersulamkan deruman dua (2) ekor Iron Stallion spesis V5 dan laungan Soul Hantu. Perjalanan adalah lancar & pada seketika waktu mata Iron Stallion Bro Apekelala mengalami kerabunan. Soul KL singgah sebentar di R&R Nilai bagi mengenakan kaca mata Iron Stallion sesumpah & pekena rokok. Iron Stallion Bro Da_flyze sekali sekala menunjukkan peningkatan suhu badan...

Soul KL exit di persimpangan UPM & menggunakan laluan Balakong di mana Soul KL terserempak dengan road block & dipaksa berhenti oleh penguatkuasa yang nyata-nyata kagum dengan Iron Stallion SoulBikerz. Setelah mengakui kehebatan SoulBikerz, Soul KL dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Bro Apekelala membuat keputusan untuk singgah minum di kawasan Alam Damai sambil memikirkan laluan terbaik untuk ke Hospital Ampang Puteri. Sambil berborak kosong & menarik nafas lega yang berasap, Soul KL kembali On the Bike jam 1.30am ke destinasi seterusnya.

Laluan ke destinasi agak mencabar & melalui pelbagai bonggol & simpang siur menambahkan fokus bro Da_flyze untuk mengawal Iron Stallionnya. Soul KL tiba di Hosp. Ampang Puteri pada jam 2.00am & mengumumkan ketibaan kepada Bro AMD_535 yang sibuk mendukung the new born baby... Tahniah Bro!

Bro AMD_535 yang berpakaian ranggi menyapa Bro Apekelala & Bro Da_flyze dengan seribu satu kemesraan sebelum mengajak makan & minum di restoran mamak berhampiran. Sambil melihat Bola & "bola", Bro Apekelala & Bro Da_flyze memberi update berkaitan TTS Bedal Sate Kajang.

Setelah Puas berTTS bersama Bro AMD_535, Bro Apekelala & Bro Da_flyze bergerak pulang ke Hideout masing-masing setelah bercomolot dengan Bro AMD_535 pada jam 4.30am. Bro AMD_535 kembali ke Hosp. Ampang Puteri untuk memanjakan junior beliau yang baru lahir.

Soul KL secara rasminya mengakhiri TTS Bedal Sate Kajang PD tepat Jam 4.30am.

Keputusan TTS: Penawar Wabak Malaria Tapioka El Nino yang disuntik oleh Soul Melaka mengurangkan sedikit Sawan Soul KL... Soul Selangor masih lagi dijangkiti & wabak masih merebak dengan pantas.

cheers cheers cheers ride ride ride cheers cheers cheers
Mistakes are part of life. Experiences & lessons are learned from mistakes. Soul & Friends are discovered along the way.


Comments: 33
Brother link
Langbikers Braders
August 2010
MonTueWedThuFriSatSun
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     
CalendarCalendar